HOME
Home » Umum » Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Posted at July 6th, 2022 | Categorised in Umum

Salam Hari-hari Terbaik Dalam Setahun sahabat-sahabat,

Pada hari ini, ada segelintir antara kita yang tidak tahu apakah pengertian korban. Maka dengan itu, suka untuk saya berkongsi pengetahuan berkaitan korban atau ibadah qurban.

Perkataan qurban berasal dari bahasa arab yakni qariba – yaqribu – qurban yang ertinya dekat. Dalam kata lain, qurban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah. Qurban juga disebutkan sebagai al-udhhiyyah (أضحية) yang bermaksud binatang sembelihan seperti unta, kerbau, lembu, kambing yang disembelih pada hari raya Aidiladha (10 zulhijjah) selepas solat hari raya dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Dalil Disyariatkan Qurban

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Sangat digalakkan bagi mereka yang telah melepasi syarat-syarat qurban berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar)

Syarat melaksanakan qurban adalah seperti berikut:

1. Beragama islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Berkemampuan

5. Merdeka (bukan golongan hamba)

Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya

Antara haiwan-haiwan ternakan berkaki empat yang dibenarkan untuk dikorbankan.

Binatang yang boleh untuk qurban adalah unta, lembu, kambing dan biri-biri selain empat jenis ini tidak diperbolehkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka.” (Al-Hajj: 34).

Ini berdasarkan kepada hadis daripada Abu Hurairah ra berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Binatang qurban yang paling bagus adalah kambing yang jadza’ (berumur satu tahun).”  Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi.

Daripada Uqbah bin Amir ra, aku berkata, wahai Rasulullah saw, aku mempunyai jadza’, Rasulullah saw menjawab, “Berqurbanlah dengannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Jabir ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Janganlah kalian mengurbankan binatang kecuali yang berumur satu tahun ke atas, jika itu menyulitkanmu, maka sembelihlah biri-biri Jadza”.

Dengan ilmu yang Ustazah sampaikan ini, sudahkah Mohamad Mustaffa Bin Baharudin memahami pengertian korban yang sebenar?

Ustazah tahu mungkin ada yang ingin menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini, tetapi masih belum mampu. Jangan risau.

Kalau kita tak mampu buat satu, jangan tinggal semua.

Selain menunaikan ibadah Qurban, kita juga boleh melakukan amal soleh seperti berpuasa pada hari Arafah, memperbanyakkan berdoa, menghidupkan suasana hari raya dengan takbir, dan mentaddaburkan ayat Al-Quran.

Bukan hanya itu, bersedekah juga menjadi salah satu amalan soleh di 10 Hari Terawal Zulhijjah yang banyak memberikan manfaat kebaikan.

Dalam hal ini, terdapat fadhilat sedekah pada 10 Hari Terawal Zulhijjah yang boleh anda perolehi. Seperti ibadah yang lain, amal soleh yang dilakukan pada 10 Hari Terawal Zulhijjah ini akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Termasuklah sedekah yang dilakukan pada 10 Hari Terawal Zulhijjah.

Jika anda mempunyai hutang, lebih-lebih lagi hutang yang banyak dan sangat merungsingkan fikiran, tak tahu macam mana nak settlekan.. cubalah bersedekah walau rasa perit dan kebimbangan yang amat sangat duit kita akan habis, lawanlah ketakutan itu.

Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Selain itu peganglah beberapa prinsip yang dipegang oleh Dr Tuah:

Walaupun saya ini tidak memegang “title” pakar kewangan… Tetapi, apabila berbicara tentang perihal kewangan, ada beberapa prinsip yang saya pegang di dalam hidup saya.. dan Alhamdulilah, dengan prinsip-prinsip tersebut, hidup saya tidak lagi dibelengu sebarang hutang! Malah, dengan menggunakan prinsip-prinsip kewangan yang betul, saya juga telah berjaya memiliki beberapa aset yang bernilai jutaan ringgit!

Saya syorkan anda baca tulisan Dr HM Tuah di sini.

Mulakan bisnes tudung

No comment for Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Apakah Erti Korban Yang Sebenarnya?

Pengenalan Kepada Pengurusan Pembayaran eBay

Pengenalan Kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan di eBay.

Posted at September 18, 2023

Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More

Bagaimana Saya Boleh Berjaya di eBay?

Bagaimana Saya Boleh Berjaya di eBay?

Posted at September 11, 2023

Bagaimana untuk melengkapkan jualan di eBay? eBay ialah tapak lelongan terbesar di internet. Jadi, wajarlah tempat ini adalah tempat terbaik untuk menjana wang dengan... Read More

Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay

Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya?

Posted at September 10, 2023

Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya? Bolehkah orang Malaysia menjual di eBay? Apakah eBay? eBay ialah tapak beli-belah dalam talian... Read More

Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online

Cara Buka Akaun TNB Secara Online

Posted at September 10, 2023

Cara Buka Akaun TNB Secara Online – Semakan Online hari ini nak buat tutorial Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online di komputer. Sebenarnya... Read More

Nak Buat Bisnes Di eBey? Anda Perlu Kuasai 5 Perkara Ini Sahaja

Posted at September 8, 2023

Nak Buat Bisnes Di eBey? Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. syaratnya anda perlu tahu perkara asas dan mindset... Read More