Bantuan Prihatin Nasional – Cara permohonan dan cara bayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional kat telegram rasmi Kementerian Kewangan.
Pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah. Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penerimaan bayaran di masukkan ke akaun bank yang berdaftar di bawah BSH.
Jumlah RM1600: Pembayaran RM1000 – April RM600 – Mei
✅Untuk B40-
Isi rumah:gaji bawah RM4000
Bujang: gaji bawah RM2000
Daftar sini: https://bpn.hasil.gov.my
Yang dah pernah dapat BSH sebelum ni tak payah isi apa2 dah. tunggu ja duit masuk sama macam BSH dulu. (Masuk hujung bulan ye. Bukan awal April)
Jika tidak pernah mendapat BSH: Perlu isi borang online di laman web LHDN mulai 1 April 2020. https://bpn.hasil.gov.my
Pendapatan isi rumah RM4001 hingga RM8000
Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Penerimaan bayaran dimasukkan ke akaun bank yang berdaftar dengan LHDNM
Jumlah RM1000: Pembayaran RM500 – April, RM500 – Mei
✅Untuk M40-
Isi rumah: Gaji atas RM4000-8000
Bujang: gaji atas RM2000-4000
Kemaskini sini: https://ez.hasil.gov.my/ci/
Nak info lanjut join telegram: https://t.me/mofpre2020/163
SUMBER : Telegram Rasmi Pre Prihatin Kementerian Kewangan Malaysia
Jumlah RM800: Pembayaran RM500 – April, RM500 – Mei
Pendapatan RM2000 ke bawah dan berumur 40 tahun dan ke atas
Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penerimaan bayaran akan dimasukkan ke akaun bank yang berdaftar dengan BSH.
Pendapatan RM2001 hingga RM4000
Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
Penerimaan bayaran dimasukkan ke akaun bank yang berdaftar dengan BSH
Panduan Cara mengisi borang permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Setelah anda klik https://bpn.hasil.gov.my anda akan di bawa ke halaman di bawah
Klik “Bantuan Prihatin Nasional” dan di laman di bawah isikan nombor Kad Penganalan anda.
Masukkan Captcha dalam kotak di bawahnya, dalam contoh ini “WD3Y” dan klik “Semak”
Jika anda pernah mendaftar BR1M atau Bantuan Sara Hidup (BSH) nama anda akan terpapar dan anda TIDAK PERLU berbuat apa-apa! Bayaran akan terus dikreditkan ke akaun BSH anda.
Jika anda belum pernah mendaftar permohonan BR1M atau BSH teruskan dengan langkah di bawah.
Klik “Maklumat adalah berdasarkan data JPN” (Jabatan Pendaftaran Negara) ini bermakna maklumat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada Kad Pengenalan anda.
Nama anda akan secara otomatik tertera.
Isikan alamat anda dan yang paling penting isikan nama dan nombor akaun bank. Di ruangan “Nama Bank” anda akan diberi beberapa pilihan bank.
Isikan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon pasangan pasangan. Nama akan terpapr secara otomatik.
Isikan Captcha di ruangan yang disediakan dan klik “SAHKAN CAPTCHA”
Pendaftaran anda telah selesai bagi bahagian pertama, anda akan dibawa ke bahagian pengakuan kesahihan maklumat. Tick pada kotak dalam bulatan merah
Seterusnya anda akan ditanya samada ingin meneruskan pendaftaran akaunj bagi tujuan Log Masuk atau tidak. Teruskan sahaja mendaftar dan halaman di bawah akan dipaparkan. Terpulang kepada anda samada ingin meneruskan atau tidak, dan anda juga boleh cetak maklumat yang diberikan di atas tadi.
Masukkan “Kata Kunci Keselamatan” yang anda cipta pada awal-awal tadi.
Klik “Ya” untuk
Jawab 5 soalan “Pengesahan” dan simpan baik-baik. letak jawapan yang betul dan benar sahaja kerana soalan ini sangat-sangat PENTING jika diperlukan nanti, contohnya jika anda perlu menghubungi pihak Lembaga Hasil berkaitan Bantuan Prihatin Nasional ini, mungkin anda akan diminta membuat pengesahan diri dengan menjawab soalan-soalan ini. Jadi JANGAN abaikan soalan-soalan ini.
Klik “Teruskan”
Jika line internet anda dan server LHDNM tidak ada masalah, permohonan anda sudah selesai dan hanya menunggu Bantuan Prihatin Nasional anda dikreditkan ke akaun anda.
Maklumat ini mungkin tersalah susun tidak mengikut aturan atau ada muka halaman yang tidak dipaparkan. Namun kami mengharap maklumat ini akan lebih memudahkan anda dan mendapat gambaran umum sebelum mengisi borang Bantuan Prihatin Nasional ini.
Semoga bermanfaat untuk anda, dan jika anda rasa ianya bermanfaat dan dapat membantu, mohon kongsikan laman ini dengan klik butang Share di bawah supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaat.
Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu? Nama Ustaz Ebit Lew mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan orang bukan Islam di Malaysia tetapi... Read More
Jenama tudung popular dan paling laris Fesyen sederhana telah menjadi trend baru-baru ini apabila lebih banyak gedung fesyen antarabangsa mula mengeluarkan koleksi pakaian longgar... Read More
Cara Mulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah – Cara memulakan perniagaan penghantaran makanan dari rumah – Beberapa tahun yang lalu, anda mungkin menikmati penyediaan... Read More
CR-V Pembawa Standard Untuk SUV – Dengan gaya tersendiri dan keselamatan yang lebih maju, Honda CR-V baru menetapkan bar untuk segmen SUV Populariti kenderaan utiliti... Read More
Bagaimana Cara Pengeluaran Wang Dengan KWSP i-Sinar? Berapa banyak yang anda dapat? Secara amnya, anda mempunyai akses kepada 10% daripada jumlah simpanan Akaun 1... Read More
4 Comments for Bantuan Prihatin Nasional – Cara permohonan dan cara bayaran bagi
Bantuan prihatin nasional
Sy perkerja am boleh dapat ke untuk sy
Gaji bawah RM4,000 boleh mohon, sila buat permohonan di link yang diberikan dalam artikel
Jln pulasan 1 no 17 kota masai pasir gudang johor