HOME
Home » Umum » Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19)

Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19)

Posted at | Categorised in Umum

Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19) Permohonan Bagi Pekerja Terjejas – Untuk membantu kepada majikan dan pekerja yang menghadapi masalah akibat Covid-19, kerajaan telah mengambil inisiatif  melalui PERKESO memberikan bantuan sebanyak RM600 dalam program yang dipanggil Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP).

Program yangtelah diwar-warkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan khas pada 16 Mac 2020 bagi memperteguhkan Pakej Ransangan Ekonomi.

Di sini kami senaraikan maklumat lanjut mengenai bantuan RM600 PERKESO (ERP) serta maklumat mengenai kelayakan pemohon dan cara membuat permohonan dan tempoh masa menerima pembayaran.

Program Pengekalan Pekerjaan PERKESO (Employment Retention Program)

Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19)

Rancangan yang bertujuan memberi bantuan kepada majikan yang mendapat kesan nagetif akibat Covid-19, di mana mereka terpaksa mengurangkan kos operasi dengan mengurangkan tenaga pekerja dengan memberi notis Cuti Tanpa Gaji kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam tempoh masa antara 1 hingga 6 bulan seperti yang tertera dalam notis Cuti Tanpa Gaji oleh majikan tersebut.

Tindakan yang diambil bagi memenuhi keperluan perlindungan keselamatan sosial para pekerja yang kehilangan gaji dan hilang sumber pendapatan akibat penularan wabak penyakit Corona-19 yang sekali gus menghilangkan kemampuan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kakitanga swasta juga diberi kelonggaran mengeluarkan RM500 sebulan menerusi program i-Lestari KWSP.

Syarat Kelayakan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)

ERP mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan kepada majikan dan pekerja yang layak dengan syarat-syarat berikut:

  1. Semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
  2. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
  3. Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).

*Nota:

Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.

Kadar Bayaran & Tempoh Layak

Setiap permohonan notis mula CTG layak antara 1 hingga 6 bulan sahaja berkuat kuasa mengikut tarikh mula notis CTG dikeluarkan oleh majikan, bayaran boleh dibuat secara berperingkat setiap bulan atau secara sekali gus.

Jumlah bayaran bantuan kewangan pula tertakluk kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG tamat dalam masa sebulan dari tarikh notis tersebut, bayaran secara lum-sum RM600 akan dilakukan kepada setiap kakitangan yang layak.

Sekiranya tempoh notis mula CTG tersebut berdurasi 2 bulan mengikut tarikh tamat CTG, bayaran sebanyak RM1,200 akan dilakukan selama iaitu RM600 bagi setiap bulan.

Cara Membuat Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau mengisi borang permohonan yang disediakan oleh pihak PERKESO. Bagi permohonan yang menggunakan borang biasa, borang permohonan tersebut hendaklah diserahkan ke pejabat PERKESO berhampiran oleh majikan masing-masing.

Majikan pula akan dipertanggungjawabkan dalam membuat bayaran kepada pekerja masing-masing yang terlibat mengikut jumlah permohonan yang diluluskan.

Ini untuk mengelakkan supaya tidak ada pekerja yang terkecuali dari mendapat bantuan ini dan bantuan dapat diberikan kepada sesiapa juga yang layak.

Dengan kerjasama pihak majikan dan kakitangan, melalui kaedah ini dijangkakan dapat melancarkan proses pembayaran dengan lebih pantas.

Berikut adalah cara-cara melakukan permohonan bantuan ERP PERKESO untuk kemudahan anda:

Isi Borang Permohonan Pakej Ransangan Ekonomi Program Pengekalan Pekerja PERKESO

Pekerja hendaklah mengisi borang Pakej Ransangan Ekonomi Program Pengekalan Pekerja PERKESO seperti di bawah.

 

Borang tersebut boleh dicetak terus dari laman perkeso.gov.my ini secara percuma.

Setelah di isi, pihak majikan mestilah menyerahkan borang-borang tersebut kepada PERKESO.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERPC-19 dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO

Muat turun borang ERPC-19 di SINI.

Senarai Pekerja mestilah mempunyai data-data berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Warganegara Malaysia (No KPPPN) (Hi)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan nombor telefon untuk dihubungi

2. Penghantaran Borang

Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui emel erpc19@perkeso.qov.my.

Borang yang lengkap juga boleh diserahkan mulai 20 Mac 2020

3. Penerimaan Bayaran

Adalah tanggungjawab majikan membuat pembayaran kepad pekerja-pekerja mereka secara bulanan setelah menerima peruntukan daripada PERKESO. bayaran hendaklah dibuat secara bayaran bulanan dengan mengkreditkan ke akaun bank pekerja yang terlibat  sebanyak RM600 dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan bayaran peruntukan oleh PERKESO.

Kegagalan pihak majikan bernuat demikian akan menyebabkan permohonan berikutnya akan digantung dan pihak majikan akan menghadapi tindakan undang-undang.

Faedah SIP Bagi Pekerja Yang Tidak Dipanggil Bekerja Semula Selepas Tamat Notis Cuti Tanpa Gaji

Bagi pekerja yang tidak dipanggil semula untuk bekerja selepas notis CTG tamat, beliau dianggap telah kehilangan pekerjaan dan bolehlah membuat tuntutan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Beberapa faedah SIP termasuklah program penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran. Pihak PERKESO akan akan menanggung segala perbelanjaan yuran dan elaun latihan.

Sebagai pilihan lain, individu yang ditamatkan pekerjaan juga layak mendaftar di  eisjobs.perkeso.gov.my iaitu laman mencari pekerjaan milik PERKESO.

Info Lanjut

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan tentang Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19), anda boleh layari laman web PERKESO https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/kenyataan-media

Atau anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan PERKESO 1-300-22-8000 atau anda boleh menghubungi pihak PERKESO melalui emel perkeso@perkeso.gov.my atau menerusi laman facebook mereka di www.facebook.com/perkeso.official

Baca juga:

Bantuan Prihatin Nasional – Cara permohonan dan cara bayaran
Cara Memohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome
5 Cara Membuat Semakan Keputusan SPM Anda Dengan Mudah
Semakan Online Penyata KWSP

Semoga bermanfaat untuk anda atau mungkin salah seorang dari ahli keluarga atau rakan anda, mohon share untuk membantu mereka yang mungkin memerlukan.

Laman Prihatin PERKESO telah kembali pulih

Laman Prihatin PERKESO telah kembali pulih seperti sediakala. laman Priharin PERKESO menghadapi sedikit masalah sebelum ini telah boleh dilayari.

Permohonan Pakej Ransangan Ekonomi Program Pengekalan Pekerja PERKESO telah boleh dihantar seperti biasa. Permohonan yang yang telah dihantar sebelum ini tidak perlu membuat hantaran sekali lagi kecuali jika ada perbezaan maklumat.

Untuk sebarang pembetulan atau penambahan pekerja boleh emelkan maklumat tersebut terus ke psu2020@perkeso.gov.my

laman prihatin perkeso

Tags :

1 Comment for Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19)

  • Hasrol Ghazali says:

    Kami masih tidak menerima bantuan erp daripada majikan,untuk bulan julai dam ogos, bila ditanya,majikan hanya beritahu menunggu peruntukan daripada perkeso, yang berstatus “DALAM TINDAKAN” sy tidak menerima panggilan bekerja dari majikan, padahal mereka semua telah beroperasi semula, start pkp sampai sekarang tidak ada kerja, macam mana nasib kami? Dah macam pendatang asing dibumi sendiri, dan masih tertanya2 adakah majikan sudah menerima peruntukan dari perkeso, atau? Memang la yang berkerja di sektor kerajaan tidak merasa terkesan pada covid19, ” TOLONG FIKIR NASIB KAMI” status pembayaran DALAM TINDAKAN? sampai bila? Sampai bila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Bantuan Program Pengekalan Pekerjaan RM600 PERKESO (COVID19)

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Posted at

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar – Pemasaran affiliate membantu anda buat duit dalam talian dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain. Ia... Read More

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno

Posted at

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno – Ingin mendapat ganjaran dalam Bitcoin secara percuma kerana merujuk rakan dan keluarga anda kepada Luno? Hebat! Dalam... Read More

Kitaran 39 Bulan Mengatakan Harga XRP Melonjak Kepada USD1,000

Kitaran 39 Bulan Mengatakan Harga XRP Melonjak Kepada USD1,000, Inilah Masanya

Posted at

Seorang penganalisis kripto telah membentangkan analisis 39 bulan yang boleh menentukan bila harga XRP akan meningkat ke paras tertinggi baharu sepanjang masa. Analisis menandakan... Read More

RAHSIA BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK SETIAP BULAN HANYA DARI RUMAH

RAHSIA BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK SETIAP BULAN HANYA DARI RUMAH

Posted at

RAHSIA BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK SETIAP BULAN HANYA DARI RUMAH Salam, Setiap 21hb adalah hari yang gembira buat semua슠pengguna simkad Tone Wow슠yang aktif.... Read More

Pengenalan Kepada Pengurusan Pembayaran eBay

Pengenalan Kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan di eBay.

Posted at

Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More