Buat Duit Dengan Projek Tuition – Ah ha! Sejak covid-19 melanda…. saya perasan.. ramai anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Terutama sekali anak-anak yang baru nak masuk sekolah pada tahun lepas, iaitu anak-anak yang berumur 6-7 tahun.
Anak-anak yang umur 6-7 tahun ini, pada tahun lepas, mereka sepatutnya masuk sekolah tadika atau darjah 1… pada umur tersebut, mereka akan belajar asas membaca, menulis dan mengira.
Saya perhatikan, teknik PdPR untuk anak-anak umur 6-7 tahun ini.. tidak berkesan. Tak boleh jalan orang kata.
Untuk anak-anak yang darjah 4 keatas dan sekolah menengah, saya lihat, anak-anak saya, bolehlah juga mereka “catch-up” dengan kaedah PdPR ni… tapi untuk anak umur tadika dan darjah 1… teknik PdPR ni tak begitu membantu.
Disebabkan itu, ramai anak-anak yang kini berumur 7-8 tahun sekarang ni, masih lagi tidak pandai membaca ataupun mengira (tambah, tolak, darab).
Malah Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.
Saya nampak benda ni benar, sebab saya ada anak yang berumur 6 tahun… pada tahun ini dia bersekolah tadika… selalunya, apabila sudah masuk pertengahan tahun begini, kanak-kanak 6 tahun selalunya sudah boleh mula mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata….. tapi saya lihat anak saya sendiri, huruf ABC pun dia masih terkial-kial dan belum kenal sepenuhnya.
Jadi, idea projek ke-8 ini adalah merupakan juga projek yang akan saya jalankan pada MCO 3.0 ini, iaitu projek tuisyen anak dimana, saya akan buat seakan-akan kelas tuisyen dan mengajar sendiri anak saya sehingga dia boleh pandai membaca dan mengira.
Saya tidak boleh lagi letakkan harapan atau tugas pengajaran ini kepada cikgu di sekolah… tetapi saya dan isteri perlu ambil tangggungjawab tersebut.
Jadi, saya sudahpun beli beberapa bahan mengajar seperti flash card, apps belajar, buku latihan, papan whiteboard dan juga beberapa permainan learning based untuk memulakan projek tuisyen ini kepada anak saya.
Jika anda pun turut mempunyai anak sebaya anak saya, mungkin anda pun boleh buat projek ini!.. Silap-silap, lepas habis covid ni nanti, anda boleh ajar anak-anak jiran pula dan tak semena-mena boleh buat bisnes home tuition pula.. ho ho ho! 🙂
Ok! Habis.. kita ke idea projek yang seterusnya!
Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus
10 Projek Lockdown Boleh Buat Duit
Bisnes tudung
Bisnes Aiskrim
Bolehkah anda buat duit dengan blog di Malaysia? Jawapan mudahnya adalah ya. Persoalan sebenarnya ialah, adakah cukup dengan blogging boleh buat duit yang mencukupi... Read More
Ingin buat duit secara online tanpa meninggalkan rumah semasa wabak koronavirus? Atau adakah anda ingin mengetahui cara buat duit secara online supaya anda dapat... Read More
Kaedah mudah dan berkesan untuk menjana wang dalam talian (secara online). Revolusi Internet telah membuka banyak jalan untuk pelaburan yang menguntungkan dan pulangan yang... Read More
Tips Terbaik Buat Duit Dengan Google AdSense – Gambaran Keseluruhan dan Petua Menjana Wang Menggunakan AdSense. Google AdSense adalah program periklanan yang memungkinkan anda... Read More
Buat Duit Dengan Google Adsense – Pernah terfikir bagaimana jana wang dengan iklan di laman web anda? Cuba Google AdSense Terdapat banyak cara untuk... Read More
No comment for Buat Duit Dengan Projek Tuition