HOME
Home » Kewangan » 8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

Posted at January 26th, 2021 | Categorised in Kewangan

Salam sejahtera, pernah tak korang terfikir nak buat duit online dengan cara yang paling sempoi dan tanpa modal? Jana pendapatan tambahan secara online telah bermula sejak adanya internet. Bukan sahaja di luar negara, malah ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya dengan teknik ini.

Lebih-lebih lagi apabila wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, banyak peniaga dan orang yang hilang pekerjaan mula meneroka cara buat duit online ini untuk memenuhi tuntutan hidup.

Kenapa?

Kerana buat duit online tidak memerlukan modal besar, malah ada yang tanpa memerlukan modal langsung. Dunia internet ni sangat besar dan peluang jana pendapatan darinya sangat luas. Jika anda dapat merebut peliang ini, yakinlah anda tidak akan menghadapi masalah kewangan.

Buat Duit Dengan Saham

Terlalu banyak cara dan teknik buat duit online. Salah satu darinya ialah melalui pelaburan. Banyak tempat untuk melabur, tetapi di Malaysia kita ada Bursa Saham Malaysia.

 

Bursa Saham ni, kalau korang nak tahu, adalah lubuk buat duit secara online. Bukan macam dulu-dulu, korang kena call remizer bagai. Sekarang ni semuanya secara online. Nak beli online, nak jual pun online. Pendek kata anda sendiri jadi pelabur dan anda sendiri jadi remizer. Semuanya di hujung jari.

Skrin ini boleh terus tepek di komputer korang. Transaksi dilakukan dalam sekelip mata secara online.

 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

Sekiranya korang berminat dan menjana pendapatan tambahan dan menjana lebih banyak duit tapi tak tahu caranya, mulakan dengan membaca artikel ini. Artikel ini ditulis melalui pengalaman sendiri dengan pengalaman bertahun-tahun.

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

Ini bagi anda yang ada duit lebih tetapi tak tahu bagaimana cara nak kembangkan modal anda.

Buat Duit Dengan Blog

Apa blog tu?

Yang korang baca inilah dinamakan blog. Sama jer dengan Facebook, cuma facebook tu milik Mark Zuckerberg. Dia benarkan korang menulis di blognya. Jika korang ada blog, korang juga boleh beri kebenaran kepada orang lain untuk menulis di blog korang.

Tahukan korang ramai blogger di Malaysia yang buat duit dalam US Dollar setiap hari? Hanya dengan menggunakan platform blog percuma seperti Blogspot atau WordPress, korang boleh buat duit $100 setiap bulan hanya dengan menulis, sesuatu yang anda minat.

Ada banyak lagi platform blog percuma, tetapi yang paling banyak digunakan ialah Blogspot milik blogger dan WordPress.

Korang tak perlulah nak buat ayat-ayat promosi untuk jual produk, cukup tulis tentang “How To” perkara yang anda mahir tentangnya. Fokus kepada satu-satu niche jangan la tulis macam korang menulis di facebook atau instagram.

Caranya ialah anda mulakan berkongsi apa sahaja yang anda suka di blog anda, kehidupan anda, melancong, make up, barangan penjagaan kulit, automotif atau apa-apa sahaja yang akan membuatkan orang ingin membaca. Fatimah

Meh saya kongsikan bagaimana cara buat duit dengan Adsense.

Google Adsense

Contoh mudah mungkin korang selalu menulis tentang petua penjagaan kulit, ramai je yang mencari di Google tentang petua penjagaan kulit, kerana korang selalu menulis tentang petua penjagaan kulit blog korang berpotensi besar tersenarai di tempat pertama di halaman pertama Laman Carian Google. Kedudukan ini akan menghasilkan trafik yang banyak.

Di sinilah peluang anda tepek iklan Google Adsense di blog korang. Google Adsense akan meletakkan iklan yang berkaitan dan sesuai dengan konten blog korang. Jika pembaca klik iklan tersebut, korang akan dibayar oleh Google.

Jangan rasa pelik bagaimana Google boleh bayar korang, sama je konsepnya dengan stesen TV, pengusaha yang nak jual barang akan bayar kepada stesen TV, bezanya cuma stesen TV dapat 100% wang yang dibayar oleh pengusaha sedangkan Google berkongsi dengan anda sebahagian dari bayaran tersebut kerana iklan yang diklik melalui blog anda.

Sebenarnya ada banyak cara untuk buat duit dengan blog an ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan dan kekurangan untuk menjana duit dari blog.

Kelebihan

● Tak perlu modal kerana ianya percuma jika korang menggunakan Blogspot atau WordPress

● Koreng bebas menulis apa sahaja mengikut minat dan kemahiran korang

● Hasil penulisan berterusan

● Carian Google menjadi medan utama bisnes korang

● Boleh menawarkan khidmat menulis kepada perniagaan lain.

Kekurangan

● Risiko blog korang hiland dihack jika password korang tidak kukuh

● Memerlukan kreativiti untuk menulis

● Pendapatan hanya sen sen bagi setiap klik

● Perlukan masa untuk bena kredibiliti blog dan menarik trafik.

Buat Duit Dengan YouTube

Buat duit dengan youtube ini juga sebenarnya dikaitkan dengan Google Adsense. Ramai yang rasa pelik dan tidak tahu bagaimana buat duit online dengan youtube.

Sebenarnya sama sahaja konsepnya dengan buat duit Adsense dengan blog. Cumanya korang tak payah nak menulis, cukup dengan rajin mengambil video aktiviti-akviti menarik korang. Tak perlu skil atau kemahiran yang tinggi, cukup jika korang boleh bercakap sikit-sikit depan kamera.

Contoh channel Kelulut TV, dia rakam dan post aktiviti menunggang motorsikal kuasa besarnya di youtube. Tak dinafikan kena belajarlah sikit-sikit tentang editing. Tetapi ilmu tu semua boleh belajar dari youtube jugak. Yang penting PERCUMA!

Banyak lagi youtuber lain yang lebih sempoi dan jika diperhatikan mereka langsung tak buat proses editing. Contoh youtuber pemancing ikan, mereka sangat kurang membuat editing.

Sebelum korang layak menjadi YPP (Youtube Partner Program) korang kena memenuhi beberapa syarat:

1. Dapatkan 4000 jumlah tontonan

2. Mempunyai sekurang-kurangnya 1000 Subscriber

3. Channel youtube korang mestilah dalam keadaan Good Standing seperti yang tertera di YouTube Community Guidelines.

Jika korang dah memenuhi tiga perkara di atas, bolehlah korang memohon Monitizekan channel korang.

Jenis video yang sering mendapat sambutan adalah yang menghiburkan, yang mengandungi ilmu atau yang pelik.

Selamat mencuba!

Psss… tolong Subscribe channel Kelulut TV ye…, apa salahnya bantu dia kan kan kan… Insyallah nanti orang lain bantu korang pulak.

Buat Duit Dengan Promosi Affiliate

Setelah korang ada blog, bertungkus lumus menulis konten yang terbaik, mungkin juga dah berjaya dapat pendapatan dari Adsense, namun ada lagi peluang lain untuk buat duit online dengan blog korang.

Apa kata korang tambah satu lagi pelang dengan menyertai program affiliate. Contonya menyertai affiliate Lazada, Shopee, Booking.com dan Involve Asia.

Affiliate ialah menjual apa saja produk orang lain menggunakan apa saja medium yang korang ada. Boleh saja menggunakan facebook, instagram, twitter, tiktok, malah apa saja.

Setiak jualan yang anda lakukan melalui link affiliate, korang akan dibayar komisen.

Yang bestnya korang tak perlu simpan stok dan tidak akan rugi walu satu sen pun jika korang gagal menjual.

Baca juga:

Buat duit USD
3 cara buat duit online

Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

 

Tags :

No comment for 8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to 8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021

Perkhidmatan SSPN-i Disediakan oleh Bank Islam

Perkhidmatan SSPN-i Disediakan oleh Bank Islam

Posted at January 7, 2022

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ialah satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tujuan pengajian... Read More

Bagaimana Buat Semakan Online Penyata PTPTN

Bagaimana Buat Semakan Online Penyata PTPTN atau Baki PTPTN?

Posted at January 6, 2022

Bagaimana Buat Semakan Online Penyata PTPTN atau Baki PTPTN? Pada post kali ini, saya akan berkongsi pengalaman peribadi saya tentang cara menyemak penyata PTPTN... Read More

11 Cara Terbaik Untuk Jana Pendapatan Pasif [Bukan Untuk Orang Malas]

Posted at August 31, 2021

11 CaraTerbaik Untuk Jana Pendapatan Pasif Dewasa ini, nampaknya semua orang ingin memulakan usaha sampingan untuk mendapatkan pendapatan pasif, dan... Read More

Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif (Panduan Pemula)

Posted at August 31, 2021

Tidak kira bagaimana anda menjana pendapatan, wang yang anda hasilkan akan masuk dalam dua kategori: pendapatan pasif, atau pendapatan aktif. Walaupun anda mungkin pernah... Read More

Pinjaman Peribadi Terbaik di Malaysia - Mohon Secara Online

Pinjaman Peribadi Terbaik di Malaysia – Mohon Secara Online

Posted at May 28, 2021

Pinjaman Peribadi Terbaik di Malaysia – Mohon Online Pinjaman peribadi mana yang paling sesuai dengan keperluan dan kewangan anda? Berpegang teguh pada keputusan kewangan... Read More