Cara Buat Bisnes Tudung Jenama Sendiri Yang Menguntungkan
Neelofa Kongsi Tip Bisnes Tudung Jenama Sendiri
Siapa yang tak kenal Neelofa dengan jenama tudung sendiri “tudung instant shawl” yang menjadi rebutan ramai wanita di luar sana.
Neelofa juga dengan penampilan yang anggun dan bergaya yang sememangnya seorang yang cantik menjadi idola kepada wanita muda zaman ini
Neelofa mula menceburkan diri dalam bisnes tudung jenama sendiri pada tahun 2014 yang lebih menyerlah dengan perniagaannya yang lain sebelum itu yang menjual kasut, kanta mata dan jubah.
Minat dalam bidang perniagaan memang menyerlah dalam jiwa Neelofa kerana memang lahir dari keturunan ahli perniagaan, termasuk ibunya.
Bermula dengan 200 helai tudung instant shawl, Neelofa menjalankan perniagaannya secara online sahaja.
Namun sehingga kini Neelofa telah mencapai jualan sebanyak RM6 juta di 37 buah negara luar dan mencecah RM50 juta hanya jualan dalam Malaysia sahaja pada tahun 2015.
Neelofa hanya fokus kepada dua jenis tudung sahaja iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.
Berikut adalah Tip Bisnes Tudung Jenama Sendiri dari Neelofa bagi yang ingin berjaya dalam bisnes tudung.
1. Fokus Kepada Bisnes Tudung Anda
Neelofa meninggalkan semua aktiviti lakonan selama 3 tahun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bisnes tudungnya. Neelofa tidak terus membuat lambakan tudung tetapi sebaliknya memulakan bisnes tudung secara kecil-kecilan dengan bermula hanya 200 helai sahaja.
Fokus utama jualan tudung Neelofa ialah di bazar-bazar dan expo-expo. Apabila jualan tudungnya sudah mula tranding, Neelofa mula mencari agen dari seluruh negara.
2. Bisnes Tudung Dalam Bahasa Inggeris
Ini fokus kepada bisnes tudung di luar negara, anda tidak dapat lari dari menggunakan Bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Hasil dari menggunakan Bahasa Inggeris dalam laman webnya, Neelofa berjaya membuat jualan sebanyak RM6 juta dari 37 buah negara.
3. Guna Gambar Anda Sendiri
Kredit: Rahsia Bisnes Tudung
Kelebihan yang terdapat pada Neelofa ialah kecantikan wajahnya dan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Neelofa menjadi popular melalui lakonannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot dan Neelofa mengambil peluang ini dengan mempromosikan tudung jenama sendiri.
Melalui drama ini Neelofa memperkenalkan 3 jenis tudung rekaan sendiri yang menjurus kepada 3 segmentasi pasaran iaitu wanita bujang, wanita selepas berkahwin dan wanita selepas beranak. Dengan strategi yang betul, Neloofa telah berjaya melonjakkan jualan tudung jenama sendiri.
4. Tonjolkan “Brand Identity”
Neelofa menggunakan warna-warna tertentusupaya bertepatan dengan “target audience” melalui kajian yang dibuat terlebih dahulu. Neelofa menggunakan warna-warna pastel yang menyenang dan mententeramkan.
Yang penting Neelofa menjual tudung jenama sendiri dan sentiasa memakai tudung jenama sendiri untuk support perniagaannya. Ini adalah salah satu langkah penting untuk menjadikan tudung ynag dijual mendapat kepercayaan pelanggan. “Jika anda sendiri rimas memakai tudung jenama sendiri, bagaimana dengan pelanggan anda?”
5. Buat pelaburan dalam pemasaran
Untuk menjadikan tudung yang anda jual unik dan berbeza dari tudung jenama lain, laburlah dalam “photoshoot” supaya gambar-gambar tudung anda benar-benar kelihatan cantik dan kabooom!
Setelah bersedia dengan gambar-gambar yang menarik, buat posting ke laman Instagram dan Facebook sebgai medium pemasaran.
Anda WAJIB berkongsi gambar-gambar tudung anda beberapa kali sehari dengan gambar yang berlainan serta caption yang memukau!
Pastikan anda upload gambar tudung beserta dengan butiran yang lengkap, jika anda pertanyaan, jawablah dengan penuh sopan seperti anda melayan sahabat baik anda.
6. Kreatif dalam pemasaran
Dalam era baru ini, selain dari upload gambar ke Instagram dan Facebook, ramai yang dah mula menggunakan video sebagai medium pemasaran. Tidak ketinggalan, Neelofa juga menjadikan dirinya sebagai model untuk memasarkan tudung-tudung beliau.
Menggunakan kesempatan watak heroin dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa berjaya menawan hati bakal pelanggannya melalui drama itu.
Manafaatkan sepenuhnya media sosial, gunakan teknik soft selling yang boleh dipelajari dari IGAds Turbo dan Fanpage Super Star.
Semakan Online:
Cara memulakan bisnes tudung
Cara Memulakan Perniagaan Tudung Dari Zero
Rahsia bisnes tudung
Bisnes aiskrim jana income lumayan
Terima kasih kerana melayari Semakan Online Dot net
7 Cara Meningkatkan Blog Perniagaan Anda – Apabila dilakukan dengan betul, blog perniagaan boleh memasarkan syarikat anda, menarik pelanggan baharu dan meletakkan anda sebagai... Read More
Tapak pasaran peer-to-peer dalam talian telah memudahkan individu persendirian untuk menjual barangan yang tidak diingini dengan cepat. Sama ada di eBay, Craigslist, Facebook Marketplace,... Read More
Bisnes Online Paling Laku – Jom kita kaji apakah produk terlaris dalam talian sebelum anda memululakan bisnes online. Jika anda ingin memulakan bisnes online... Read More
Bisnes Online Terbaik Malaysia Anda Boleh Mulakan Serta-merta. Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat beberapa perniagaan dalam talian (bisnes online) yang boleh anda lancarkan... Read More
3 Petua Untuk Bermula Dengan Pemasaran Affiliate. Pemasaran affiliate tidak memerlukan wang atau pengalaman, hanya sedikit masa tambahan untuk belajar. Dua puluh empat peratus... Read More
2 Comments for Cara Buat Bisnes Tudung Jenama Sendiri Yang Menguntungkan
Mau buat jenama sndiri
Belajar step by step dari puan Madihah Mustafha, baca di sini >> https://semakanonline.net/cara-memulakan-perniagaan-tudung/