Ramai yang terkasima dengan KWSP RM10k, apa tidaknya bila kerajaan benarkan mengeluaran duit simpan KWSP sebanyak itu, berbondong-bondong orang mengambil kesempatan mengeluarkannya untuk membayar hutang.
Tidak ingat lagi tentang “simpanan hari tua” masing-masing mengisi borang pengeluran, tanpa berlengah lagi. Peluang depan mata buat apa nak lepaskan.
Samada anda keluarkan atau pun tidak itu hak anda, apa nak dihebohkan, dah memang duit anda. Kalau saya pun akan ambil kesempatan ini tapi mungkin akan saya simpan semula di ASB atau belikan emas sebagai tambah nilai di masa hadapan.
Kenalah pastikan duit KWSP RM10k tu disimpan di tempat yang memberi pulangan yang lebih baik. Namun tidak dinafikan ada orang yang sangat memerlukan duit sejumlah itu untuk kelangsungan hidup. Dengan kekangan harga barang keperluan semakin mahal, keperluan pula bertambah dengan bilangan anak yang semakin ramai sudah tentu wang sebanyak itu sangat-sangat diperlukan.
Habis bab KWSP, jom kita terjah pula cara buat Duit RM10k tanpa mengganggu duit KWSP anda. Sebenarnya ada banyak cara jika anda ada ilmu yang betul.
Jangan pandang remeh dengan bisnes tudung jika anda tidak tahu potensinya. Mungkin anda menyangka bisnes tudung sudah tepu kerana terlalu ramai yang menjalankan perniagaan ini. Sebenarnya bisnes tudung adaalah salah satu bisnes yang paling mudah dan murah.
And tak perlukan mudal yang banyak untuk memulakannya, cukup dengan beberap ratus ringgit dan mulaknnya dari rumah. Jika anda seorang student boleh saja mulakan bisnes tudung anda di kolej. Ada beribu bakal pelanggan yang berpotensi tinggi yang ingin membeli tudung dari anda.
Ini di buktikan oleh puan Madihah Mustafha yang memulakan bisnes tudung semasa menuntut di universiti lagi.
Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.
Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!
Dalam masa sekejap sahaja puan Madihah berjaya membuat keuntungan RM15 sebulan. Tapi anda kenalah tahu caranya, janganlah main hentam keromo tanpa belajar cara dan rahsia perniagaan ini.
Cumanya kena ingat, jika anda buat bisnes dropship terpaksalah anda berdepan dengan harga yang agak mahal. Persaingan pun angak sukar dengan harga yang begitu. Berbanding jika anda jual tudung keluaran anda sendiri. Itu tidak mustahil kerana anda boleh saja membeli dari mana-mana supplier dengan harga yang lebih murah.
Ini sekali lagi dibuktikan oleh puan Madihah yang meletakkan jenama sendiri pada tudung yang dijual. Ambil tudung dari supplier, letak jenama sendiri.
Banyak tempat yang boleh anda pasarkan tudung-tudung anda, yang paling popular sekarang ini tak lain tak bukan ialah di Tiktok. Di Tiktok lebih longgar peraturannya malah anda boleh buat LIVE hanya dengan jika anda mempunyai 1000 follower.
Yang penting ianya percuma, anda tak payah membayar Ads seperti di Facebook, Instagram atau di Google. Saya yakin anda sendiri menyaksikan LIVE di Tiktok menjual pelbagai produk yang kadang-kadang tak masuk akal.
Jadi tunggu apa lagi, jom mulakan buat duit RM10k tanpa menggunakan duit KWSP. Anda simpan saja duit tu ditempat lain.
Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More
Bagaimana untuk melengkapkan jualan di eBay? eBay ialah tapak lelongan terbesar di internet. Jadi, wajarlah tempat ini adalah tempat terbaik untuk menjana wang dengan... Read More
Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya? Bolehkah orang Malaysia menjual di eBay? Apakah eBay? eBay ialah tapak beli-belah dalam talian... Read More
Cara Buka Akaun TNB Secara Online – Semakan Online hari ini nak buat tutorial Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online di komputer. Sebenarnya... Read More
Nak Buat Bisnes Di eBey? Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. syaratnya anda perlu tahu perkara asas dan mindset... Read More
No comment for Inilah Cara Buat Duit RM10K Tanpa Guna Duit KWSP