5 Cara membuat semakan keputusan SPM anda – Bulan Mac adalah bulan yang mencemaskan bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM setiap tahun, hari perhitungan untuk usaha anda selama 2 tahun berhempas-pulas untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Kebiasaannya Kementerian Pelajaran (KPM) akan mengeluarkan keputusan peprriksaan SPM pada bulan Mac. Ini membuatkan hati anda berdebar-debar dan sangat teruja untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPM samada memberikan keputusan yang mengembirakan atau sebaliknya.
Berikut adalah beberapa cara membuat semakan keputusan SPM anda apabila tiba tarikh yang dinanti-nantikan.
Dengan bantuan internet yang terbaik, anda boleh membuat semakan keputusan SPM anda secara online, ya! buat semakan online melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Klik di sini untuk mengakses laman web Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Masukkan nombor IC anda (tanpa jarak atau “-“). Kemudian, masukkan nombor peperiksaan anda (Angka Giliran)
Apabila anda klik pada “Papar Keputusan“, halaman ini akan memaparkan dengan ringkasan keputusan SPM anda (di bawah jadual Ringkasan Keputusan Peperiksaan).
Tetapi, jika anda mahukan keputusan penuh anda, anda perlu mendapatkannya dari sekolah atau Jabatan Pendidikan Negara
Itulah yang mudah! Jangan lupa untuk mencetak keputusan anda untuk rujukan.
Sekiranya anda sedang sukar mendapatkan line internet atau mungkin anda sedang bercuti bersama keluarga), anda juga boleh membuat semakan keputusan SPM anda melalui telefon bimbit.
Apa yang anda perlukan adalah telefon bimbit dan topup anda masih aktif untuk menerima keputusan SPM anda melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), taipkan:
SPM <ruang> nombor IC <ruang> Nombor Peperiksaan (Angka Giliran) dan hantar ke 15888
Contohnya ialah: SPM 990109085623 AA123A012
Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan SMS ini biasanya hanya akan aktif dari pukul 10 pagi sehingga jam 6 petang sahaja.
Anda akan menerima mesej ringkas sejurus selepas menghantar mesej. Dimaklumkan bahawa jawapan mungkin mengambil sedikit masa kerana rangkaian mungkin sesak. Seperti anda juga, puluhan ribu pelajar yang membuat semakan keputusan SPM mereka juga!
Tpis Berguna: Kami faham anda mungkin merasa sangat cemas, tetapi tidak perlu menghantar SMS anda banyak kali kerana ia akan menjadikan rangkaian lebih sesak. Lakukan hanya sekali sahaja – semakan keputusan SPM anda akan diterima dalam masa yang singkat!
Sekiranya anda cemas dan tidak berminat untuk hair ke sekolah pada jam 10 pagi untuk membuat semakan keputusan SPM anda, satu alternatif adalah untuk memuat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan melalui telefon bimbit anda dan memasukkan maklumat anda untuk mendapatkan keputusan SPM anda.
Walau bagaimanapun, pada masa panduan ini ditulis, kaedah ini hanya boleh digunakan untuk pengguna Android sahaja.
Baca: Semakan online penyata KWSP
Jika anda tidak dapat mengambil keputusan SPM anda secara fizikal dengan sendiri, anda boleh meminta ibu bapa, ahli keluarga atau wakil anda (misalnya kawan) untuk mengumpul bagi pihak anda.
Pastikan anda memberikan nombor IC anda untuk tujuan pengesahan.
Cara terbaik untuk mengambil keputusan spm anda adalah hadir sendiri ke sekolah anda pada hari keputusan SPM dan dapatkannya sendiri. Tidak ada yang lebih bermakna selain dari hadir sendiri dan berkongsi air mata kegembiraan bersama rakan-rakan seperjuangan dan mendapatkan nasihat yang terbaik dari guru dan kaunselor anda.
Kebiasaannya keputusan SPM anda akan dikeluarkan pada pukul 10 pagi, jadi pastikan anda berada di sana sedikit lebih awal. Pentadbir sekolah anda mungkin akan menyediakan beberapa meja di kawasan umum untuk memenuhi keperluan pelajar pasca SPM dan ahli keluarga mereka. Sebagai alternatif, anda boleh membuat semakan dengan pejabat pentadbir sekolah anda juga.
Melangkah ke sekolah juga hebat kerana anda akan mendapat peluang untuk mendapatkan dokumen yang relevan yang diperakui supaya anda tidak akan mengalami panik dengan melakukannya pada saat-saat akhir. Antara dokumen yang anda perlukan untuk pengesahan adalah:
Rekod atau sijil penyertaan dalam aktiviti kokurikulum
Sijil pencapaian / kecemerlangan
Keputusan / sijil kelayakan SPM
MyKad
Sijil kelahiran
Buat salinan, kerana anda mungkin memerlukannya untuk memohon belajar di kolej atau universiti, dan apabila memohon biasiswa dan bantuan kewangan.
Tips Berguna: Untuk memastikan anda dibenarkan masuk ke kawasan sekolah anda, pakailah pakaian yang sopan, seperti memakai baju tshirt berkolar, seluar panjang dan kasut yang sesuai.
Jangan risau. Keputusan anda akan diposkan kepada anda, walaupun ia memerlukan sedikit masa untuk tiba melalui posmen. Jika tidak, anda juga boleh mendapatkan keputusan anda dari Jabatan Pendidikan Negeri melalui telefon.
Mana-mana kaedah yang anda pilih, pastikan anda hadir ke sekolah untuk mendapatkan sijil SPM rasmi anda yang akan dikeluarkan kemudian. Jangan lupa untuk membuat salinan dan dapatkan cop “Salinan Sah” dari gurubesar anda. Ianya akan berguna untuk permohonan biasiswa atau bantuan kewangan anda nanti.
Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More
Bagaimana untuk melengkapkan jualan di eBay? eBay ialah tapak lelongan terbesar di internet. Jadi, wajarlah tempat ini adalah tempat terbaik untuk menjana wang dengan... Read More
Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya? Bolehkah orang Malaysia menjual di eBay? Apakah eBay? eBay ialah tapak beli-belah dalam talian... Read More
Cara Buka Akaun TNB Secara Online – Semakan Online hari ini nak buat tutorial Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online di komputer. Sebenarnya... Read More
Nak Buat Bisnes Di eBey? Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. syaratnya anda perlu tahu perkara asas dan mindset... Read More
1 Comment for 5 Cara Membuat Semakan Keputusan SPM Anda Dengan Mudah
check my result spm