Kasut bundle memang win lah… pasti korang menang membeli dan menang juga memakai! Sebelum itu aku nak cerita sikit, ada orang malu nak beli dan pakai kasut bundle, tak ada standard katanya…
Ada juga yang suruh buat audit forensik, katanya, takut-takut terpakai kasut orang yang berpenyakit atau orang yang dah mati…
Aduh…. mengerikan jugak!
Terpulanglah itu pandangan dan pendapat masing-masing, korang mampu beli kasut baru yang mahal tu, korang belilah, tapi bagi aku, aku tak kisah, asal murah, berjenama dan sedap dipakai, aku rembat!
Bayangkan sepasang kasut Air Jordan highcut baru berharga 7, 8 ratus ringgit, ada yang berharga 1700 ringgit, tapi dengan kasut bundle korang boleh dapat dengan harga bawah 300 ringgit (kondisi macam baru), biasanya boleh dapat dalam 150 ringgit ke bawah. Mana yang lebih untung?
Apa kekurangan kasut bundle ni?
Dah namanya pun kasut bundle.. pastilah dah dipakai orang. Kasut second hand ada yang cantik dan ada yang lusuh.
Bagi aku itu sahaja kekurangannya kasut bundle ni..
Sebenarnya, setiap kasut yang sampai ke pengguna dah di cuci bersih di tempat pengumpulan. Setiap kasut diperiksa oleh pemborong yang berpengalaman. Setelah dipilih, kasut digradekan mengikut kelas-kelasnya yang tersendiri. Yang murah atau yang tersangat murah sudah pastilah rendah kualitinya.
Manakala yang mahal kualitinya sangat baik dan kebiasaannya kelihatan seperti baru dan biasanya ori.
Ramai yang tak tahu macam mana nak pilih kasut bundle yang berkualiti. Senang saja, bila korang tengok saja kasut tu, mesti hati korang melonjak-lonjak nak beli, itulah tandanya kasut bundle tu sangat baik kualitinya.
Kebiasaannya penjual kasut-kasut bundle akan menceritakan kondisi kasut yang bakal korang beli, jangan percaya 100% dengan apa yang penjual cakap, tengok dan nilai sendiri kasut tu.
Sekarang ini ramai penjual kasut bundle mula membuat jualan secara online. Selain dari facebook dan instagram, medium Tiktok menjadi tempat yang sangat popular membuat jualan kasut branded bundle secara online.
Salah satu penjual kasut bundle di Tiktok ialah Tapa Collection. Aku suka membeli kasut di sini sebab kasut-kasut yang dijual boleh dikatakan berkualiti mengikut harga. Review yang jujur dan penghantaran yang pantas.
Klik sini untuk ke laman web Tapa Collection!
Lebih menarik lagi Tapa Collection mempunyai laman web mereka sendiri yang memaparkan kasut-kasut bundle mereka siap dengan gambar kasut yang tersedia. Dengan menggunakan laman web ini pembelian lebih mudah dan jika ada masalah dan kurang berpuas hati, korang boleh terus Whatsapp mereka hanya dengan klik butang Whatsapps di laman web mereka dan korang boleh terus buat pertanyaan.
Insyallah pasti akan dijawab dengan segera.
Sebut pasal kasut bundle, tak kan korang nak beli sahaja, mungkin korang ada minat nak buat bisnes bundle ni. Mesti korang tertanya-tanya dari mana mereka dapat barangan bundle ni kan?
Korang memang bernasib baik sebab dah baca sampai di sini… Ni aku nak bagi tahu!
Abang Azuri Zakaria seorang peniaga bundle otai bermurah hati nak mencurahkan ilmu bundle dari A sampai Z. Abang Azuri Zakaria dengan rela menceritakan pengalaman beliau menjual barangan bundle.
Bukan sahaja beliau menceritakan rahsia bagaimana dan di mana nak dapatkan kasut dan barangan bundle yang lain dengan murah, tetapi juga beliau menceritakan di mana lubuk untuk menjual barangan dan kasut bundle.
Inilah maklumat yang penting sekali, walaupun korang tahu di mana lubuk nak dapatkan kasut-kasut bundle, tapi korang akan mengalami kerugian besar jika tidak tahu bagaimana dan di mana nak jual.
Akhirnya kasut bundle yang bertimbun-timbun, korang buang begitu saja tanpa untung satu sen pun, dan korang menyalahkan orang lain kerana tak nak beli kasut bundle jualan korang.
Jadi sebelum, memulakan bisnes bundle korang timba dulu ilmu bundle dengan abang Azuri Zakaria banyak-banyak. Insyallah suatu hari nanti korang akan menjadi usahawan bundle yang berjaya.
Saya Dulu Pun Selalu Kena Main!.
Masa saya mula-mula buat bisnes bundle ni… memang begitulah keadaannya.
Tak tahu nak ambil stok barang bundle dari mana?
Jadi, saya ambil lah sahaja dari pembekal-pembekal barang bundle tempatan yang saya jumpa!
Kalau nak ambil barang dari mereka ni, bukan boleh pilih-pilih… mereka dah bungkus siap-siap barang tu dalam satu guni! Kalau nak beli.. kena beli 1 guni! Harga satu guni pula, dalam 3-4 ratus!Jadi, semangat nak berniaga punya pasal.. saya pun beli lah 2-3 guni untuk dijadikan stok permulaan menjual barang bundle!Tapi yang sedihnya… bila sampai rumah dan buka sahaja guni-guni tu… kecewa!
Banyak baju, seluar atau kain dalam guni tu… jenis yang dah tak boleh pakai!Dalam satu guni.. adalah beberapa helai baju gred A… lebih kurang dalam 5% sahaja… yang banyaknya, baju gred B dan C… selebihnya, banyak juga yang memang langsung tak boleh pakai dan hanya sesuai dijadikan kain buruk sahaja! Kecewa sangat!Abang Azuri Zakaria peniaga bundle berpegalaman
Ah ha! Dalam ebook utama, saya ajar macam mana cara nak “dapatkan” barang bundle dari Thailand. Di dalam ebook bonus ini pula… saya ajar dan bagi tips.. macam mana pula nak “jual” barang-barang bundle tu!
Ada 7 lokasi strategik untuk anda menjual barang-barang bundle anda. Setiap lokasi mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dengan mengetahui lokasi-lokasi strategik ini, anda boleh terus pilih nak jual di lokasi yang mana satu dan maintain berniaga disitu!
Bukan itu sahaja.. dalam ebook bonus ini juga, saya berikan 4 Tips Emas jika anda mahu membuka Kedai Bundle anda sendiri. Dengan mengetahui tips-tips emas ini, ianya dapat mengelakkan anda tersilap langkah dan kerugian beribu-ribu ringgit sewaktu membuka kedai kelak!
PS: Jadi jangan terburu-buru nak buat bisnes bundle sebelum korang baca eBook Lubuk Bundle hasil tulisan dari pengalaman abang Azuri Zakaria ini.
PPS: Dengan mendapatkan eBook Lubuk Bundle ini korang akan menerima Bonus istimewa Tips Dan Lubuk Jualan Bisnes Bundle dan ebook 5 Barang Hot & Senang Jual secara PERCUMA yang sangat-sangat membantu korang untuk membuat keuntungan yang sangat-sangat dahsyat!
Rahsia kulus temuduga kerja kerajaan
Tips memulakan pemasaran affiliate
9 Cara menulis copywriting tanpa gagal
Jom tukar ayat copywriting jadi duit
Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More
Bagaimana untuk melengkapkan jualan di eBay? eBay ialah tapak lelongan terbesar di internet. Jadi, wajarlah tempat ini adalah tempat terbaik untuk menjana wang dengan... Read More
Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya? Bolehkah orang Malaysia menjual di eBay? Apakah eBay? eBay ialah tapak beli-belah dalam talian... Read More
Cara Buka Akaun TNB Secara Online – Semakan Online hari ini nak buat tutorial Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online di komputer. Sebenarnya... Read More
Nak Buat Bisnes Di eBey? Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. syaratnya anda perlu tahu perkara asas dan mindset... Read More
No comment for Kasut Bundle Menang Membeli Menang Memakai