10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate
Affiliate merupakan satu bisnes online. Kejayaan dalam affiliate hanya akan menjadi kenyataan jika kita mempunyai set minda yang betul iaitu suatu perniagaan. Ramai dari kalangan newbie affiliate tidak berjaya dalam perniagaan affiliate ini kerana mereka menganggap perniagaan ini hanya suatu kerja sambilan atau hobi sahaja dan tidak menganggap affiliate sebagai perniagaan dan kerjaya. Mereka selalunya menganggap affiliate adalah hanya teknik buat duit yang tidak serius dan hanya sambilan di internet.
Malang sekali jika mereka beranggapan begitu. Ramai affiliate telah berjaya menjana pendapatan tinggi sehingga tujuh angka setahun melalui pemasaran affiliate dan ia adalah perniagaan yang tulin dan sah di sisi undang-undang. Sesiapa sahaja boleh membuka perniagaan affiliate sendiri dengan mudah dan disebabkan ini ramai newbie affiliate beranggapan bisnes affiliate hanyalah suatu pekerjaan sambilan yang biasa. Tetapi mereka tidak mengetahui dan memahami affiliate adalah perniagaan yang sebenar.
Bagi membantu anda membina perniagaan affiliate, saya senaraikan 10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.
Perkara utama yang anda harus belajar tentang perniagaan affiliate ialah cara-cara menguruskan laman web. Anda harus belajar bagaimana cara untuk menguruskan blog, menguruskan minisite dan landing page. Anda perlu mempelajari dan mahir dalam selok belok asas mewujudkan dan menguruskan website anda sendiri. Jangan kedekut untuk laburkan wang untuk belajar kemahiran ini kerana ia pasti berguna nanti.
Jika anda tiada sumber kewangan, jangan jadikan ia sebagai suatu alasan untuk memulakannya. Berita baiknya boleh belajar dengan sendiri secara percuma di internet di samping anda gunakan teknik cuba dan jaya. Ingat, affiliate adalah bisnes dan ia perlu diuruskan seperti bisnes di mana anda lakukan apa yang perlu untuk memantapkan bisnes anda.
Selepas anda mempunyai (sekurang-kurangnya) sebuah blog, anda cari pula topik-topik yang menarik untuk anda tulis. Sama seperti bisnes sebenar, jika anda ingin membuka bisnes kasut, anda perlu belajar tentang selok-belok kasut. Jadi, di online, anda pilih tajuk-tajuk yang anda benar-benar minati dan boleh anda uruskan untuk jangka masa panjang.
Secara offline, kedai yang berjaya membuat banyak jualan kebanyakannya disebabkan lokasi yang strategik yang dimiliki oleh pemilik kedai tersebut. Di internet pula, kedai anda akan berjaya membuat banyak jualan jika anda dapat mengoptimasikan keyword yang mempunyai banyak carian dilakukan oleh pengguna internet. Siasat keyword yang berkaitan dengan niche anda, cari keyword yang mempunyai banyak kali carian di enjin carian.
Sekarang, anda buat survey tentang potensi keyword yang anda pilih. Perhatikan samada terdapat banyak produk atau tidak berkenaan dengan topik anda. Senaraikan ia dalam notepad untuk kegunaan anda di masa hadapan.
Jika anda ada wang beli sahaja hosting yang mahal dan mempunyai nama dalam perkhidmatan hosting. Ia untuk memastikan tiada masalah atau kurang risiko di kemudian hari. Jika tidak ada wang, pilih hosting yang agak murah tetapi boleh diharapkan. Anda boleh kaji sendiri di internet mengenai cara hendak memilih hosting, nama domain dan sebagainya.
Sekarang, anda tulis draf mengenai website anda. Hasil dari pengalaman orang yang terdahulu, website jenis blog adalah yang paling sesuai untuk menjadi tapak perniagaan affiliate. Anda pilih theme dan edit theme mengikut minat anda. Jika anda ada wang, anda boleh upah freelancer untuk lakukannya. Ia bukanlah penyelesaian mutlak, anda perlu tahu bagaimana hendak melakukannya tetapi mengupah adalah untuk jimatkan masa.
Sekarang, anda upload website anda ke hosting yang anda beli sebelum ini.
Masukkan dua atau tiga artikel berkaitan dengan topik anda. Sekarang, anda perlu latih diri sendiri untuk menulis artikel bagi blog anda. Masukkan apa sahaja yang boleh menjadikan blog anda ke hadapan berbanding blog-blog pesaing anda yang lain.
Sekarang, apabila perniagaan anda sudah wujud, barulah anda daftar program affiliate dan mula melakukan promosi bagi produk tersebut.
Sekarang, anda belajar cara melakukan promosi bagi affiliate (klik di sini). Masa sekaranglah barulah anda membuka ebook berkenaan promosi dan pratikkan ia secara terus. Kejayaan anda bergantung pada promosi anda.
Buka 2 atau 3 blog yang lain jika blog anda yang pertama ini telah maju.
Whale Alert Menemui Pergerakan Besar XRP – Apakah Maksudnya? Pertempuran undang-undang Ripple Vs. SEC telah menimbulkan ketegangan bagi XRP kerana persidangan mahkamah mungkin hanya... Read More
Ripple Merintis Negara Baharu Untuk Projek Perintis Stablecoin, XRP Terlibat? Dalam satu berita yang tidak dapat dikesan dalam komuniti crypto selama beberapa hari, negara... Read More
Ketahui Tentang Insuran Kereta Di Malaysia – Segala-galanya tentang Insurans Kereta di Malaysia: Daripada Perlindungan Peril Istimewa kepada Premium. Walaupun anda adalah pemandu yang... Read More
Bagaimana Pemasaran Affiliate Boleh Mengubah Gaya Hidup Anda – Pemasaran affiliate adalah perniagaan sebenar, dan ia boleh mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik jika anda... Read More
5 perkara yang boleh meningkatkan pendapatan affiliate Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh menjana pendapatan menerusi affiliate. Berita buruk... Read More
No comment for 10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate