Selesaikan Masalah Menjual Produk Di Shopee!
Nak mulakan bisnes senang, nak cari produk apa nak jual juga senang,
Modal?
Ah itu lagi senang
Anda dah ada bisnes, anda dah ada produk paling hebat yang bertimbun-timbun, anda dah ada pun pengeluar produk yang sanggup bekalkan berapa banyak pun dengan pembungkusan yang cantik, mengiurkan dan hebat-hebat!
Akhirnya produk yang berkotak-kotak tersepuk di sudut bilik tidak terjual.
Puas sudah buat lelong di merata pasar malam, tak jemu-jemu menjerit dengan ayat-ayat pemasaran di merata tempat. Hasilnya balik asal…
Badan penat, suara hilang seperti itik serati, tapi jualan hanya ciput tak balik modal!
Konon-konon nak buat bisnes online pulak!
Buat merketing di facebook? Huh… usah cakap, dah ribuan ringgit duit hangus belajar buat FbAds dengan sifu-sifu kayangan yang kononnya telah berjaya buat jutaan ringgit di facebook.
Ribuan ringgit juga duit habis upah grafik designer buat gambar yang cun melecun nak grab pelanggan, semuanya hancur!
Dah puas melarat di facebook tapi jiwa masih kental kerana nak berjaya dalam bisnes, beraleh pulak ke Tiktok, konon-konon di Tiktok lubuk pelanggan, ada jutaan bakal pelanggan yang akan membeli dan terus membeli produk hebat korang.
Sama juga situasi, terus terjah Tiktok dengan kosong ilmu pemasaran, kosong ilmu Tiktok itu sendiri. Maka buatlah video-video yang entah apa-apa, dengan muka sedih mintak simpati supaya beli produk korang.
Woi nak bisnes di Tiktok bukan boleh main terjah-terjah, kena belajar dulu selok-belok dan teknik-tenik Tiktok yang bermacam ragam. Tiktok ni bukan macam facebook, di Tiktok silap sikit korang akan di ban, akan digantung , akan ditutup akaun.
Kalau serius sangat nak berbisnes di Tiktok, belajar dulu wei… Ni ha aku bocorkan rahsia nak belajar bisnes di Tiktok. Klik sini. Selamat maju jaya!
Dah melalut ke Tiktok pulak dah!
Tapi korang perasan tak? Ada satu platform bisnes yang sentiasa hangat, sentiasa panas dan sentiasa diserbu orang kerana mudahnya orang nak membeli di sana?
Dari dulu platform ni tetap ada pelanggan yang serius mencari barang, tak macam di facebook, tak juga macam di Tiktok tampat orang bersosial, tempat orang berhibur.
Mereka menyampah bila tengok iklan yang lalu di wall mereka, sepantas kilat akan skroll dan skip iklan korang. Tu pasal produk korang tak laku!
Berbeza dengan platform ni. Ini memang tempat orang jual barang, ini juga tempat orang cari barang. Dah terbukti dan terkenal seluruh dunia Malaysia ini.
Tak lain dan tak bukan platform ini Shopee namanya..
Oppss… nanti dulu, jangan lari..
Mungkin korang dah muak dengar nama Shopee, mungkin korang dan fobia nak menjual di Shopee sebab tak pernak berjaya menjual walaupun dah mengikuti bermacam-macam kursus marketing dan teknik Shopee.
Yang aku nak cerita ni bukan kursus bisnes Shopee, bukan cara-cara nak menjual di Shopee. Bukan juga rahsia-rahsia menjual di Shopee.
Tapi…
Yang aku nak cerita ni, tentang seorang hamba Allah yang telah berjaya malah sangat-sangat berjaya menjual di Shopee dengan ratusan ribu jualan sebulan yang nak bantu korang jualkan produk korang.
Aku ulang sekali lagi…
Hamba Allah ini nak bantu korang jualkan produk korang di Shopee menggunakan kedai dia yang telah sedia ada.
Ayatnya begini, korang ada produk, hamba Allah ini tolong jualkan di Shopee dan korang poskan produk. Kerja korang jadi mudah. Korang fokus pada produk dan pengeposan sahaja.
Bab pemasaran… Hamba Allah ini buatkan 100% untuk korang.
Tak yakin? Ini aku tunjukkan contoh kedai dia di Shopee.
Tengok statistik dia…
Produk: 301
Followers: 11 Ribu
Chat Performance: 97%
Cancellation Rate: 1%
Joined (Pengalaman): 5 Tahun
Yang penting sekali rating yang diterima dari 13,100 pembeli memberikan rating, 4.9 yang menunjukkan hamba Allah ini seorang peniaga yang genuine dan sangat-sangat jujur dalam perniagaan.
Kita tengok pulak produk yang di jual…
Ada 301 produk yang dia jual, antaranya seperti yang di atas.
Nampak tak jumlah jualan dia? Beribu-ribu unit telah terjual.
Bagaimana jika dia tolong jualkan produk korang?
Serahkan bab pemasaran ini kepada yang pakar, Insyallah korang akan berjaya!
Untuk dapatkan bantuan hamba Allah ini jualkan produk korang, boleh deal di sini.
Hamba Allah ini bukan calang-calang orang ya.. Beliau telah mendapat kepercayaan dari Shopee hingga menerima PREFERRED SELLER dan SHOPEE PRIORTY SPECIAL SELLER dari pihak Shopee Malaysia.
Jadi apa tunggu lagi deal dengan beliau sekarang!
Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar – Pemasaran affiliate membantu anda buat duit dalam talian dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain. Ia... Read More
Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno – Ingin mendapat ganjaran dalam Bitcoin secara percuma kerana merujuk rakan dan keluarga anda kepada Luno? Hebat! Dalam... Read More
Seorang penganalisis kripto telah membentangkan analisis 39 bulan yang boleh menentukan bila harga XRP akan meningkat ke paras tertinggi baharu sepanjang masa. Analisis menandakan... Read More
RAHSIA BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK SETIAP BULAN HANYA DARI RUMAH Salam, Setiap 21hb adalah hari yang gembira buat semua슠pengguna simkad Tone Wow슠yang aktif.... Read More
Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More
No comment for Selesaikan Masalah Menjual Produk Di Shopee