HOME
Home » Umum » Panduan Berniaga Di Shopee Percuma!

Panduan Berniaga Di Shopee Percuma!

Posted at | Categorised in Umum

Panduan berniaga di Shopee ini hanya percuma bagi anda yang masih tercari-cari idea perniagaan kecil dan otak masih beku tak tahu nak bisnes apa.

Panduan ini bagi yang baru nak mula bagi menjana jualan 5 angka di Shopee. Panduan ini tidaklah ditulis selengkapnya, namun ianya cukup untuk anda bermula.

Saya akan memberitahu anda bagaimana nak setup kedai, mencari sumber produk dan memahami konsep mencari produk hot dan penetapan harga jualan.

Kenapa maklumat ini penting? Kerana anda perlu bermula langkah demi langkah, tidak terlalu overload dengan maklumat yang akhirnya anda jadi pening kepala. Akhirnya anda merasa putus asa sebab merasa terlalu banyak perkaya yang perlu dibuat.

Panduan Berniaga Di Shopee

Saya juga cuba menerangkan cara yang lebih kreatif menjual TANPA produk di Shopee dan bagaimana nak mengenalpasti produk yang “laku keras” di Shopee.

Semoga panduan idea perniagaan kecil di Shopee ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa sharekan kepada rakan-rakan anda.

Panduan Berniaga Di Shopee

Panduan Berniaga Di Shopee PercumaGambar hanya ilustrasi sahaja

Sudah tentu langkah pertama untuk berniaga di Shopee ialah “set up” Shopee Store anda.

Langkah pertama….

1 -Download app Shopee di Play Store (Google), atau App Store
(iOS)

2 -Picit ‘sign up’ dan masukkan nombor phone anda. Tunggu kod yang akan dihantar ke handphone anda, dan masukkan kod yang diberi.

3 – Di bahagian username, pastikan anda masukkan nama kedai anda, dan bukan nama lain. Ini kerana username anda akan menjadi link untuk ke kedai anda – contohnya di sini saya letak
“kedaiherba”, maka link website ke kedai anda akan menjadi shopee.com.my/kedaiherba. Jadi fikir sebaik-baiknya nama kedai anda. Jangan lupa anda upload gambar logo online shop anda sekali di profile picture.

4 – Pastikan anda mengisi penuh setiap ruangan yang diperlukan di ‘My Account’ – iaitu My Profile, My Addresses, dan Bank Accounts/Cards. Ini untuk memudahkan anda menerima bayaran jika anda berjaya membuat jualan!

Sehingga di sini, proses pendaftaran anda telah selesai dan langkah selanjutnya…

Mencari Supplier Product Untuk Dijual

Ini merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh newbie yang nak berniaga di Shopee. Tetapi anda tak perlu rungsing, di sini saya berikan beberapa idea untuk anda.

Pasaraya Borong

Pasaraya borong seperti di GM Klang, Mydin atau Plaza Pudu merupakan tempat paling mudah untuk anda dapatkan produk untuk dijual. Anda boleh berkunjung ke sana, buat tinjauan di pasaraya borong tersebut, teliti produk apa  yang sesuai dengan minat anda, dan beli dalam jumlah kecil – 10 unit contohnya. Setelah itu anda mulakan mengambil gambar produk-produk tersebut, dan listkan dalam Shopee.

 

Ini satu rahsia bila anda membeli di pasaraya borong, biasanya anda akan ditawarkan dengan “kuantiti minimum” untuk anda dapatkan produk dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran yang menjamin anda mendapat untung besar!

Sebagai contoh anda mungkin akan ditawarkan membeli minimum 10 unit dengan harga borang tersebut.

Melalui Distributor

Anda boleh mendapatkan produk-produk daru Amway, misalnya. Tidak semestinya anda menjadi ahli atau pengedar sah produk ini, cukup anda buat deal dengan pengedar berhampiran atau yang anda kenal.

Anda mungkin berdepan dengan masalahmenetapkan harga kerana distributor seperti ini telah menetapkan harga runcit produk mereka dan anda tidak boleh menjual lebih dari harga itu.

Dapatkan Produk Dari China

Jika anda ingin mencari produk pada harga yang lebih murah, anda boleh terus mengimport produk-produk ini terus dari China secara online. Inilah kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga di Shopee.

Anda pernah dengar Taobao?

Ini adalah platform pembelian produk-produk murah dari China. Pembelian di Taobao ini menggunakan matawang China. Namun apa yang menariknya belian anda akan dihantar terus ke rumah anda dan tak perlu pening kepala berpusing-pusing berjam-jam di pasaraya mencari produk yang anda inginkan.

Yang lebih menarik lagi dengan produk dari China ini anda bebas menentukan harga jualan anda sendiri.

Dan yang lebih mengejutkan Nigel Ong pernah berjaya menjana keuntungan sebanyak 900% melalui produk yang di beli melalui 1688.com dan Taobao.

Cumanya melalui kedua-dua website ini menggunakan bahasa China yang sudah tentu menyukarkan anda untuk membuat belian. Memang itulah masalah besar yang dihadapi oleh peniaga-peniaga dari Malaysia.

Tapi jangan risau,  saya telah dapatkan bantuan dari Nigel Ong yang telah menulis panduan membeli di 1688.com dan Taobao dengan mudah.


Jika anda berminat, baca juga Rahsia Untung RM15000 Hanya Dengan Jual Tudung di link Bisnes Tudung ini.

Panduan Berniaga Di Shopee

#3 Cara Menjual Di Shopee TANPA PRODUCT

Dunia perniagan online sekarang ini sangat mudah sehingga anda tidak perlu bersusah payah mengeluarkan produk sendiri apatah lagi anda juga tidak perlu menyimpan stok.

Jika anda tidak perlu menyimpan stok, secara tidak langsung anda juga TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL YANG BESAR untuk bermula. Bermakna anda tidak perlu risau rugi kehilangan modal jika perniagaan anda gagal.

Dengan teknik ini anda tidak perlu membuang masa memikir dan menguruskan stok, anda hanya perlu fokus kepada marketing dan menguruskan tempahan sahaja.

Panduan Berniaga Di Shopee Dengan Dropship

Jika anda tidak mempunyai produk dan memilih cara dropship. Secara asasnya konsep dropshim adalah seperti berikut:

Anda upload butir-butir produk sropshipper (penjual) di Shopee tanpa menyimpan stok. Apabila berlaku pembelian dari pelanggan anda dengan harga yang anda sendiri tetapkan dan menyimpan keuntungan. Buat bayaran kepada pembekal (dropshiper) dan dropshiper akan menguruskan penghantaran produk 100% tanpa melalui anda.

Sebagai contoh, harga produk dari dropshipper RM50, anda menjualnya di Shopee dengan harga RM80, jadi keuntungan anda ialah RM30.

Panduan berniaga di Shopee dengan dropship Komuten

Panduan berniaga di Shopee dengan dropship Komuten, anda hanta perlu mendaftar di Komuten dengan bayaran minima.

Apa yang menariknya Komuten menyediakan segala macam produk yang boleh anda link-kan terus ke Shop anda di Shopee. Komuten menyedia tutorial melalui video untuk memudahkan kerja-kerja anda.

Sekiranya anda ingin ‘proceed’ untuk belajar Teknik sales di Shopee ini, saya ingin suggest anda untuk mencuba dengan sifu satu orang
ini…

Tengok je result student-student dia. Hebat kan?

 

 

Jadi kalau anda berminat nak dapatkan Panduan Teknik Rahsia Shopee beliau ni, dan dapatkan bonus misteri. Sila klik link ini.

Tags :

Related Post to Panduan Berniaga Di Shopee Percuma!

101 Idea Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Posted at

101 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar. Ikon bisnes Irfan Khairi pernah menulis ebook 101 idea perniagaan yang sangat membantu. Saya tidak... Read More

nak berniaga

Nak Berniaga Kena Keluarkan Tangan Dari Seluar!

Posted at

Nak berniaga? Bangunnnnn…!! Pada yang muda-muda BANGUN! Keluarkan tangan daripada seluar! DO YOU UNDERSTAND? Guys saya ni dah 11 tahu meniaga tau! Tonggang terbalik,... Read More

Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024

Ripple: Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024?

Posted at

Ripple: Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024? Token XRP Ripple telah menunjukkan tanda-tanda membina momentum selepas lonjakan kadar pendanaan dalam pasaran niaga hadapan menunjukkan... Read More

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Posted at

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar – Pemasaran affiliate membantu anda buat duit dalam talian dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain. Ia... Read More

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno

Posted at

Cara Dapatkan Bitcoin Percuma Di Luno – Ingin mendapat ganjaran dalam Bitcoin secara percuma kerana merujuk rakan dan keluarga anda kepada Luno? Hebat! Dalam... Read More