Semakan online 35 Panduan Terbaik Bisnes Kecil-kecilan jika anda ingin memulakan perniagaan kecil secara sambilan mahupun sepenuh masa.
Zaman ini bukan lagi zaman pergi kerja pejabat jam 8 pagi pulang jam 6 petang. Dari pengalaman saya bekerja di salah sebuah bank terkemuka di negara ini selama 28 tahun, sangat memenatkan.
Bukan sahaja penat malah pening kepala dan sakit hati melayan karenah pelanggan, majikan dan kawan sepejabat. Anda pernah rasa tak?
Apa boleh buat, zaman itu begitulah cara dan mentaliti masyarakat mencari rezeki.
Namun zaman semakin berubah, dengan adanya kemudahan-kemudahan maya, seperti Facebook, Instagram, Shope, Lazada dan yang terkini Tiktok, ramai yang sudah berjaya menjadikan bisnes kecil-kecilan secara online sebagai satu kerjaya hebat!
Untuk anda yang benar-benar serius untuk menceburi bidang perniagaan dengan modal ciput ini, kami senaraikan 35 Panduan Terbaik Bisnes Kecil-kecilan yang boleh anda jadikan panduan sebelum memulakan perniagaan yang anda minati.
Ada beberapa tempat untuk anda membeli kenderaan lelong dengan harga yang sangat murah bernanding harga pasaran. Jika anda dapat menggunakan kebijaksannan dan minat anda, melalui kenderaan lelong ini tidak syak lagi anda boleh buat duit besar dengan hanya membida kenderaan tersebut dan menjualnya dengan harga pasaran.
Anda lihat di sini perbezaan harga kenderaan lelong dengan harga pasaran.
Mungkin anda tidak tahu dan tidak pernah mendengar tentang istilah FCPO dan tertanya-tanya.. FCPO itu apa?
Tidak mengapa!
Kami telah menulis tentangnya dengan jelas untuk anda dengan bahasa yang paling mudah dan ringkas! Di sini kami jelaskan serba sedikit.
FCPO ini diambil dari perkataan “Futures Crude Palm Oil” , atau disebut dalam Bahasa Melayu “Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah”. Tentu anda tak faham kan? Ha ha! Tak mengapa… kami dulu pun, pertama kali dengar perkataan ini.. memang susah nak faham.
Jadi, untuk lebih mudah memahaminya…. kita pakai perkataan “Saham” sebagai perbandingan..
FCPO ini adalah salah satu bentuk “instrumen pelaburan”… sama seperti unit trust, emas, saham, bon, hartanah dan sebagainya.
Apabila kita sebut tentang “instrumen pelaburan”… bermaksud.. ia adalah suatu alat kewangan yang boleh kita gunakan untuk “gandakan duit”. Seterusnya baca di sini.
Anda ingin satu bisnes tanpa modal? Hanya guna air liur sahaja, serius!
Menjadi ajen hartanah tak perlukan anda meleburkan modal ribuan ringgit, cukup dengan kemahiran anda bercerita di mana, harga, dan beberapa perkara penting hartanah tersebut kepada bakal pelanggan anda.
Iffah Zaimi bermurah hari mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjana pendapatan 5 angka hanya dengan sekali “close” sahaja.
Ini bukan cerita lawak. Nampak macam main-main tetapi jika anda tahu rahsianya anda akan terkejut dengan jumlan pendapatan yang boleh anda perolehi dari bisnes kecil ini.
Azmawati Zohri @ Adjemz mula “bermain” dengan kraf sabun ini sejak dari tahun 2005 lagi ketika mencari doorgift untuk majlis perkahwinan.
Bermjula dari situ, Adjemz mula belajar sendiri bagaimana cara membuat sabun handmade dan mula menghasilkan bermacam-macam rekabentuk sabun lain dari yang lain.
Pada mulanya, Adjemz melakukannya sebagai hobi sahaja sambil mengambil tempahan dari keluarga dan rakan-rakan. Lama kelamaan, Adjemz berjaya membuka kedai untuk menjual bahan mentah membuat sabun dan studio sabun beliau sendiri.
Yang menariknya, kisah beliau telah disiarkan dalam majalah Keluarga, Jutawan, Nur, Harian Metro, Sinar, serta TV1.
Platform bisnes kecil terkini dan terpanas tak lain dan tak bukan ialah Tiktok. Ada bermacam-macam cara untuk menjana pendapatan pasif di Tiktok selain dari menjual produk sendiri.
Kini sudah ada Panduan Yang Sangat Praktikal!!.
Anda boleh terus buat TikTok Shop anda sendiri hari ini juga sebaik sahaja selesai menonton video yang pertama!
Ya, anda boleh terus setup TikTok Shop anda sendiri untuk menjual produk anda setelah selesai tonton video yang pertama saja… sebab, video tutorial yang digunakan di dalam pakej ini adalah video berbentuk rakaman screen. Anda boleh lihat dengan jelas menu serta butang mana yang perlu di tekan, ruangan mana yang perlu di isikan dan sebagainya!
Dibawah ini sedikit teaser video tutorial yang terdapat di dalam Pakej Panduan ini!
Sebenarnya melalui blog semakan online ni, pemasaran affiliate lah yang banyak menjana pendapatan pasif. Pemasaran affiliate sangat mudah dan tidak memerlukan modal langsung. Hanya gunakan platform percuma seperti Facebook, Instagram dan sekarang ini yang paling popular ialah Tiktok.
Diam tak diam sudah lebih Rm3000 pendapatan dijana dari program affiliate ini. Pemasaran dilakukan di beberapa tempat yang percuma hanya dengan kongsikan link affiliate yang dibekalkan oleh affiliator. Jika anda nak tahu lebih tentang pemasaran affiliate ini boleh baca di sini.
Berbalik kepada program affiliate, biasanya komisen yang dibayar sehingga 50% malah ada yang dibayar sehingga 70%. Sebab itu semakin ramai orang membuat perniagan kecil yang sangat unik ini.
Salah sati program affiliate terbaik di Malaysia ialah Klikjer, anda boleh menyertainya di sini. Terus daftar menjadi ahli affiliate kerana ianya percuma dan anda boleh terus bermula. Namun anda perku tahu serba sedikit teknik atau trik bagai mana memujuk pelanggan supaya membeli produk yang anda promosikan. Panduan itu ada dalam Panduan Rahsia Affiliate di atas.
Baca juga:
Untung Besar Dengan Bisnes Tudung
Pernah dengar perkataan Ghost Writer? Jika belum pernah inilah kami nak beri tahu. Dalam zaman moden ini, ramai menjadi penulis hantu yang melakukan kerja dari rumah dengan kebebasan masa tanpa batas. Anda hanya perlu ada minat dan kemahiran menulis, itu sahaja.
Rahsia yang selebihnya anda boleh dapatkan dari Ebook Sukses Writer di atas. Ada banyak cara untuk anda memulakan perniagaan sebagai penulis ini. Semuanya didedahkan dalam ebook Sukses Writer, bagaimana begitu mudahnya penulis menjana pendapatan pasif hanya dengan membuat kerja sekali tetapi pendapatan yang diterimanya berkali-kali.
Ramai orang terkial-kial nak menjual di Shopee. Bukan mudah nak bersaing dengan penjual-penjual otai di sana. Mereka mempunyai kemahiran dan modal yang luar biasa. Namun tidak kurang juga tidak kurang juga orang biasa yang membuat untung ribuan ringgit hany dengan menjual tasbeh!
Itulah rahsianya, anda tahu rahsia apa nak dijual, anda akan berjaya!
Ramai juga yang menjual pokok bung di Shopee. Sekali pandang macam tak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya, siapa yang pandai merebut peluang dialah mendapat untungnya.
Baca kisah Dr Zul Izzi Nordin yang aktif membuat pelaboran dalam saham.
Saya dulu, sebenarnya adalah seorang doktor gigi! Biasalah, doktor ini sama lah juga macam cikgu… bila dah pencen pun, orang masih tetap panggil cikgu atau doktor.
Alhamdulilah, dari pekerjaan yang saya lakukan itu, maka, dapatlah saya menyimpan wang serba sedikit.
Pada mulanya, saya tercari-cari juga, apakah cara yang terbaik dan sesuai untuk saya “beranakkan” wang simpanan saya ini.
Iyalah, kalau sekadar simpan sahaja di dalam akaun bank, lama-kelamaan nilai wang itu akan semakin susut di hakis inflasi. jadi, nak tak nak, saya kena cari satu kaedah bagaimana saya dapat menggandakan wang simpanan yang saya ada.
Jadi, fikir punya fikir, saya teringat akan kata-kata arwah bapa saya sewaktu saya masih bersekolah dahulu.
Arwah bapa saya pernah berpesan… kalau ada duit lebih dan nak jadi kaya… belilah saham! Pada waktu itu, saya tidaklah ambil serius sangat pasal pesanan itu. Iyalah masih sekolah lagi kan… apa yang saya tahu waktu itu, hanyalah belajar… belajar.. dan belajar.
Untuk pengetahuan anda bisnes tudung ini paling popular dan paling mudah nak cipta keuntungan. Ada berbagai cara dan teknik untuk menjual tudung, samada menjualnya di pasar-pasar malam, menjualnya kepada jiran-jiran, rakan pejabat mahupun menjualnya secara online di platform seperti Shopee, Lazada dan sekarang lebih tranding di Tiktok. (Baca caranya di sini)
Kenapa jual barangan China? Sebab barangan China murah dan mampu menjana margin keuntungan yang besar. Cuma ramai yang tak tahu bagaimana cara nak beli barangan China dengan murah dan mudah. Jika anda seorang peniaga pasar malam dan nak cuba berniaga barangan China da[atkan panduan lengkap langkah-demi langkah ini.
Ketahui… Bagaimana Cara Memulakan Penternakan Kambing Yang Betul Dengan Kos Yang Rendah! Tanpa Perlu Membuat Sebarang Pinjaman!.
Dulu, pakcik H ini membela 5 ekor kambing.. tapi, setelah 7 tahun berlalu, bilangan kambingnya telah mencecah 1,000 ekor. Pergh!! Saya memang betul-betul tidak sangka.. pakcik H yang dulu saya pandang hanyalah seorang “pakcik kampung yang biasa-biasa”.. kini telah bertukar menjadi seorang penternak kambing yang sangat berjaya!.
Ramai yang buat keuntungan dengan menjual barangan di Shopee. Dengan persaingan yang hebat di Shopee ramai pula yang beraleh ke platform lain yang menjanjikan pendapatan dalam USD. Pada prinsipnya sama sahaja dengan berniaga di Shopee, tetapi di platform yang dinamakan Shopify pendapatn yang dijana adalah dalam USD.
Cumanya ada beberapa perkara teknikal yang anda perlu tahu seperti cara menrma tempahan, cara penghantaran, cara dan yang tersangat penting cara menerima pembayaran dengan selamat.
Klik gambar di bawah jika nada ingin tahu.
Teringin menjadi peniaga menjual barangan bundle? Satu masalah besar yang akan anda hadapi ialah di mana nak jual?
Jangan bimbang ada 7 lokasi strategik untuk anda menjual barang-barang bundle anda. Setiap lokasi mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dengan mengetahui lokasi-lokasi strategik ini, anda boleh terus pilih nak jual di lokasi yang mana satu dan maintain berniaga disitu!
Pengenalan kepada Pengurusan Pembayaran eBay Cara yang lebih baharu dan lebih baik untuk menjalankan perniagaan secara global di eBay. PENTING! Semua penjual baharu dan... Read More
Bagaimana untuk melengkapkan jualan di eBay? eBay ialah tapak lelongan terbesar di internet. Jadi, wajarlah tempat ini adalah tempat terbaik untuk menjana wang dengan... Read More
Bolehkah Rakyat Malaysia Menjual di eBay? Bagaimana untuk Berjaya Melakukannya? Bolehkah orang Malaysia menjual di eBay? Apakah eBay? eBay ialah tapak beli-belah dalam talian... Read More
Cara Buka Akaun TNB Secara Online – Semakan Online hari ini nak buat tutorial Cara Buat Bayaran Bil TNB Secara Online di komputer. Sebenarnya... Read More
Nak Buat Bisnes Di eBey? Tak susah sebenarnya cara nak menjual dan buat duit dengan eBay. syaratnya anda perlu tahu perkara asas dan mindset... Read More
No comment for 35 Panduan Terbaik Bisnes Kecil-kecilan