HOME
Home » Umum » Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Posted at | Categorised in Umum

Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Kalau anda memang dah sedia memiliki tubuh yang kurus dan sihat, mungkin anda boleh skip projek ini.

Tapi jika sebaliknya, mungkin anda boleh pertimbangkan projek ini.

Saya just nak share sikitlah pengalaman saya ya… 3 tahun lepas… saya pernah mencapai berat yang paling berat dalam hidup saya.. iaitu 87kg. Bagi anda mungkin ianya tidaklah berat mana, tapi bagi saya yang kategori tubuh kecil ini.. berat 87kg tu memang cukup menampakkan pipi saya menjadi sangat temban dan perut yang sedikit boroi dan terpaksa memakai seluar bersaiz 36 inchi.

Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Bukanlah saya tak pernah berusaha untuk turunkan berat badan atau sekurang-kurangnya, kekalkan pada berat yang ideal dari segi BMI… tapi kebanyakkan usaha kurang menjadi.

Saya pernahlah dengar-dengar dan baca tips dari sana sikit, sini sikit… ada yang kata, nak kurus tak boleh makan nasi, ada yang kata, tak boleh makan malam, ada yang kata kena pergi joging, ada yang suruh try makan ubat itu ubat ini dan macam-macamlah untuk kurus.

Dengan mendengar dan mengambil tips sana sikit sini sikit itu.. ianya tidak begitu membantu.

Jadi, apa yang saya buat…
Satu hari, saya bangun dari tidur… saya setkan matlamat..
Saya betul-betul nak kurus!

Kali ini saya serius dan saya akan gunakan teknik “iqra” yang pernah saya amalkan sewaktu muda-muda dulu.

Ah ha! Apa benda pulak teknik “iqra” tu?

Projek Kurus & Sihat Dengan Formula KurusProjek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Teknik ini adalah teknik ciptaan saya sendiri.
Ianya adalah satu teknik dimana, saya akan meluangkan masa selama 1-2 bulan untuk mencari dan membaca (iqra) sebanyak mungkin ilmu tentang sesuatu topik.

Dalam teknik “iqra” ini…
Saya akan luangkan masa mencari dan membaca beratus-ratus artikel, baca beberapa buah buku atau ebook, tonton berpuluh-puluh video, masuk seminar/webinar, join group-group di fb/wasap/telegram yang membincangkan pasal sesuatu topik yang ingin saya pelajari itu.

Dulu, saya akan buat teknik iqra ini selama 6 bulan…. tapi sekarang, 1-2 bulan sahaja sudah memadai.

Sebab dulu (tahun 2000) sumber ilmu dan rujukan itu tidak banyak , sekadar buku & artikel-artikel di blog…. tapi sekarang (2020), sumber ilmu tu dah ada banyak.. sama ada dalam bentuk blog, ebook, video, fb, telegram, webinar dan sebagainya. Jadi, proses pembelajaran itu dapat dipendekkan.

Tujuan utama teknik “iqra” ini, adalah untuk saya dapatkan sebanyak mungkin info tentang sesuatu topik agar saya dapat gambaran yang jelas ( “The Big Picture”) bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi ( “How it works”).

Contohnya, dalam kes projek kurus ini… setelah membuat teknik “iqra” , barulah saya faham.. bagaimana sebenarnya tubuh badan berfungsi… apa punca sebenar yang menjadikan seseorang itu jadi gemuk, dan bagaimana cara yang sebenar-benarnya untuk turunkan berat badan.

Jadi, setelah saya dah betul-betul faham.. barulah saya start dan praktikkan ilmu-ilu yang saya dah dapat sewaktu proses teknik iqra.

Akhirnya.. dalam masa setahun lebih.. saya berjaya turunkan berat badan saya dari 87kg.. kepada 75 kg…. seluar dari saiz 36 kini dah boleh pakai semula saiz 33.

Kalau dikira-kira, penurunan berat badan saya tidaklah begitu drastik dan cepat seperti mana orang-orang lain yang boleh turunkan berat badan mereka sebanyak 20-30kg dalam masa 1-2 bulan….

Saya, mengambil masa setahun lebih untuk turun sebanyak 13kg. .. iaitu lebih kurang 1kg sahaja setiap bulan.

Kisah kejayaan saya turun berat badan ini, tidaklah “seksi” dan “wow” sangat…

Tapi.. bagi orang yang “tahu” dan ada “ilmu”…
Hakikat sebenarnya… turun berat badan secara sedikit demi sedikit inilah yang sebenarnya adalah merupakan cara yang paling terbaik.

Ianya lebih selamat dan bertahan lama… berbanding.. orang yang turun berat badan dalam tempaoh 3-4 bulan secara mendadak. Pada kebiasaannya.. orang yang jadi kurus dengan cepat ini, perubahan itu tidak akan bertahan lama dan mereka akan menjadi gemuk semula dengan cepat dalam masa beberapa bulan kemudian.

Alhamdulilah.. sekarang dah masuk 2 tahun, berat badan saya maintain sekitar 72-75kg sahaja. 🙂

Apa yang saya ingin sampaikan disini sebenarnya… “ilmu” itu adalah sangat penting apabila kita ingin menjalankan sesuatu projek atau plan.

Bagi orang islam.. kita selalu dengarkan kata-kata imam Syafi’i ini yang berbunyi..

 “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu”.

Jadi, usah terlalu kedekut untuk melabur dalam ilmu.. jika tidak ada duit untuk dilabur bagi mendapatkan ilmu dengan cepat.. maka, laburkan masa untuk mencari ilmu

Oh ye! Ada sebuah panduan kurus yang dinamakan Formula Kurus, boleh dapatkan panduan tersebut jika anda ada plan untuk jalankan projek kurus sewaktu tempoh lockdown ini.

Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Saranan saya, gunakanlah tempoh lockdown ini sebagai tempoh anda membuat aktiviti iqra = “lombong ilmu”

Apa yang perlu anda lakukan.. tentukan dahulu apakah projek yang anda nak buat.. kemudian buat teknik iqra untuk tempoh 1-2 bulan.

Selepas itu, bila dah jelas dan rasa berbaloi.. barulah start buat projek tersebut.

Teknik ini jugalah yang saya gunakan untuk idea projek ke-7 yang saya nak share dengan anda..

Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu?
http://10 Projek Lockdown Boleh Buat Duit

Daftar menggunakan link ini dan anda akan menerima Bitcoin bernilai RM25.00 apabila anda memasukkan wang ke dalam wallet Luno anda dan membeli atau menjual Bitcoin dengan nilai RM250.

Tags :

No comment for Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post to Projek Kurus & Sihat Dengan Formula Kurus

Semakan Saman Secara Online | PDRM, JPJ, AES

Semakan Saman Secara Online | PDRM, JPJ, AES

Posted at

Dengan kemajuan teknologi, semua Semakan Online Saman JPJ, PDRM Dan AES dapat dilakukan dengan cara yang amat mudah sekali, tepat di hujung hujung jari... Read More

Cara Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut

Cara Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut

Posted at

Cara Buat Semakan Online Wang Tidak Dituntut – Pernahkah anda menjumpai wang tunai di poket anda, di bantal sofa atau di laci yang tidak... Read More

Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu?

Posted at

Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu? Nama Ustaz Ebit Lew mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan orang bukan Islam di Malaysia tetapi... Read More

12 Jenama Tudung Popular Dan Paling Laris

12 Jenama Tudung Popular Dan Paling Laris

Posted at

Jenama tudung popular dan paling laris Fesyen sederhana telah menjadi trend baru-baru ini apabila lebih banyak gedung fesyen antarabangsa mula mengeluarkan koleksi pakaian longgar... Read More

Cara Mulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

Cara Mulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah

Posted at

Cara Mulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah – Cara memulakan perniagaan penghantaran makanan dari rumah – Beberapa tahun yang lalu, anda mungkin menikmati penyediaan... Read More