Rahsia bisnes tudung secara online – Ketahui bagaimana anda boleh memulakan bisnes tudung hanya dari rumah disini dan menjana pendapatan yang lumayan!
Setiap hari pasti anda lihat orang menjual tudung di Instagram dan Facebook. Ada berpuluh malah beratus jenama yang berbeza dari penjual yang berbeza. Mungkin dalam hati anda tertanya-tanya berbaloi ke nak jual tudung secara online sekarang?
Pening kepala memikirkan persaingan yang hebat dari jenama-jenama yang dah viral dan tersohor. Mampu ke kita yang baru nak bermula ni bersaing dengan jenama tudung yang dah terkenal? Apatah lagi kita tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam perniagaan menjual tudung.
Jika ada persoalan yang macam tu, sebenarnya anda seorang yang berminat nak berniaga, cuma rasa takut-takut dengan bayang-bayang sendiri. Bimbang tak boleh membuat jualan kerana terlalu banyak persaingan.
Cuba anda fikir, setelah ada Tesco, ada pulak Giant, lepas tu ada pulak AEON dan macam-macam lagi pasaraya. Tidakkah mereka juga bersaing? Laku ke produk yang mereka jual? Jawapannya anda sendiri tahu, mereka TETAP menjana keutungan berbillion ringgit setiap tahun.
Tak terhitungkan jenama tudung yang dijual di pasaran, namun dengan kesedaran agama, permintaan tudung juga semakin berkembang, pasarannya sangat luas. Dengan kesedaran kewajiban memakai tudung, wanita yang memkai tudung tersangatlah ramai.
Sebahagian besar wanita Islam di negara ini memakai tudung, berbeza dengan tahun-tahun 60an hingga 80an dulu. Hari ini, anak-anak tadika telah diasuh memakai tudung dari kecil lagi. Tidak hairan pelajar-pelajar sekolan rendah, sekolah menengah hinggalah studen kolej dan universiti hingga wanita yang bekerja hinggalah opah-opah hampir semuanya memakai tudung.
Yang peliknya, golongan wanita tidak cukup dengan sehelai tudung sahaja. Sama seperti baju, beg tangan, kasut dan barang perhiasan diri, mereka sering bertukar-tukar memakainya setiap hari. Samalah dengan tudung, kaum wanita sentiasa mengikuti perkembangan fesyen supaya sentiasa kelihatan menarik selain dari memenuhi tuntutan agama.
Dari gaya hidup kaum wanita yang begini dan kemudahan teknologi canggeh ini memberikan peluang yang sangat luas untuk anda jika ingin menjalankan bisnes tudung secara online.
Tanya diri sendiri (jika anda wanita) ada berapa almari tudung yang anda simpan? Walaupun banyak, anda tetap membeli dan membeli tudung-tudung baru setiap bulan, betul tak?
Tidak kira anda bekerja di pejabat atau anda yang bekerja di luar, paten perbelanjaan tudung tetap sama hampir kepada semua wanita.
Tidak akan ada titik noktah bagi kaum wanita untuk membeli tudung, kerana minat mereka kepada fesyen yang sentiasa berubah-ubah. Setiap tudung yang dibeli mereka akan sesuaikan dengan baju yang mereka pakai, tak “sut” tak pakai.
Jadi jika anda berminat nak bisnes tudung secara online atau secara offline, jangan bimbang. Seramai mana pun orang lain menjual tudung, peluang untuk anda tetap terbuka kerana terlalu ramai yang akan membeli produk tudung ini.
Yang paling mustahak sekali, penuhkan ilmu di dada, pelajari teknik dan strategi dari orang yang telah berjaya dalam bidang ini.
Dalam setiap perniagaan mesti ada produk yang menjadi daya penarik sebagai contoh ustaz PU Syed, dengan produk Cocoteen yang menjadi “produk killer” yang menjadikan perniagaan beliau terkenal dan mendapat permintaan yang hebat.
Dengan “mencipta” produk killer ini akan menjadikan bisnes tudung anda berbeza dari bisnes tudung orang lain. Produk killer inilah yang akan membantu menjadikan perniagaan anda sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sentiasa.
Bagaimana kita boleh tahu fenyen tudung yang mana menjadi produk killer perniagaan kita? Anda buat dulu, jual dulu dalam beberapa bulan dan anda senriri yang menentukan mana satu fesyen atau paten mana yang menjadi produk killer, melalui jumlah jualan dalam beberapa bulan.
Yang mana mendapat permintaan yang tinggi, itulah produk killer bagi tudung yang anda jual.
Jika anda berjaya mewujudkan produk killer anda sendiri, kerja-kerja menjual akan menjadi lebih mudah dan kos pengiklanan dan sebagainya menjadi lebih murah, anda tak perlu membuat banyak pengiklanan kerana pelanggan-pelanggan anda telah tahu jenama tudung anda. Mereka akan terus membeli dari anda sendiri.
Saya telah menulis mengenai bisnes aiskerim jana income lumayan cecah RM5000 sebulan jika anda inginkan bisnes yang stright forward tanpa pening kepala.
Seorang usahawan tudung yang telah berjaya membuat keuntungan RM15,000 sebulan dengan bermurah hati nak bantu anda memulakan bisnes tudung secara online.
Madihah Mustafha, seorang usahawan tudung yang bermula dengan modal serendah RM600 semasa beliau masih belajar di kolej lagi telah menulis ebook Rahsia Bisnes Tudung yang menceritakan dengan lengkap, langkah demi langkah bagaimana nak mulakan bisnes tudung.
e-book pertama menceritakan bagaimana beliau memulakan bisnes tudung ini. E-book ini sangat lengkap memberitahu anda bagaimana mencari pembekal, bagaimana nak dapatkan pelanggan, cara mengambil gambar yang cantik dan menarik, memberitahu anda tanpa segan-segan bagaimana mencipta ayat -ayat iklan yang memukau, dan banyak lagi.
Pasti akan menjadikan inspirasi untuk anda apabila puan Madihah Mustafha menceritakan bagaimana menjana keuntungan RM15,000 hanya dalam masa sebulan dalam bulan Ramadan hanya secara online sehaja!
Yang paling bestnya, puan Madihah Mustafha tidak kedekut menceritakan langkah demi langkah strategi yang digunakan dalam bisnes tudung ini sehingga berjaya menjana keuntungan yang begitu banyak.
Semua pengalaman dan perjalanan bisnes tudung ini boleh dijadikan sumber inspirasi dan sumber rujukan supaya anda juga boleh membina bisnes tudung anda dengan lebih baik lagi tanpa kesilapan yang akan merugikan anda.
Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah “real”!. Penulis kongsikan banyak tips mencari model yang “real” di dalam bab ini!
Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, penulis kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.
Dalam bab ini, penulis kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Penulis juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!
Semakan online terkini:
28 Cara pakai tudung
Cara Menjual Tudung Online
Cara Memulakan Bisnes Tudung
Bisnes Tudung – Cara Memulakan Bisnes Tudung Dan Abaya
Jenama tudung paling laris dan popular
Cara buat bisnes tudung jenama sendiri
Cara memulakan bisnes tudung dari zero
Idea perniagaan kecil
Idea bisnes kecil dari rumah
7 Cara Meningkatkan Blog Perniagaan Anda – Apabila dilakukan dengan betul, blog perniagaan boleh memasarkan syarikat anda, menarik pelanggan baharu dan meletakkan anda sebagai... Read More
Tapak pasaran peer-to-peer dalam talian telah memudahkan individu persendirian untuk menjual barangan yang tidak diingini dengan cepat. Sama ada di eBay, Craigslist, Facebook Marketplace,... Read More
Bisnes Online Paling Laku – Jom kita kaji apakah produk terlaris dalam talian sebelum anda memululakan bisnes online. Jika anda ingin memulakan bisnes online... Read More
Bisnes Online Terbaik Malaysia Anda Boleh Mulakan Serta-merta. Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat beberapa perniagaan dalam talian (bisnes online) yang boleh anda lancarkan... Read More
3 Petua Untuk Bermula Dengan Pemasaran Affiliate. Pemasaran affiliate tidak memerlukan wang atau pengalaman, hanya sedikit masa tambahan untuk belajar. Dua puluh empat peratus... Read More
No comment for Rahsia Bisnes Tudung Secara Online