Anda kini boleh membuat semakan online saman trafik PDRM menggunakan sistem semakan online PDRM (SSO).
Anda juga boleh membuat semakan pengambilan pelbagai jawatan PDRM termasuk jawatan inspektor, sarjan dan konstabel bagi ambilan tahun 2020.
Di bawah adalah panduan pendaftaran baru semakan online saman trafik PDRM.
Anda akan menerima emel pengaktifan, sekiranya tiada, Login semula ke akaun SSO anda dan klik butang Tidak terima emel Pengiktifan ID Pengguna bagi mengaktifkan akaun SSO anda.
Sekiranya anda terlupa Kata laluan, klik butang Lupa Kata Laluan. Kata laluan baru akan dihantar melalui emel anda. Jika tidak menerima emel tersebut, klik butang Tidak Terima Emel Pemulehan Kata Laluan.
Beberapa perkhidmatan portal SSO PDRM ialah:
Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda perlu Login ke akaun SSO anda terlebih dahulu sebelum membuat semakan.
Semakan Online Repot Polis
Setelah anda Login ke dalam sistem SSO, klik pada perkataan “Status Repot” dan masukkan nombor repot Polis. Hanya repot yang dikenakan ke atas nombor Kad Pengenalan anda sahaja yang boleh dibuat semakan.
Semakan Saman Trafik
Sama juga, anda perlu Login terlebih dahulu, dan klik pada perkataan “Status Saman”. Melalui portal ini anda boleh membuat semakan saman yang dikenakan kepada nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan anda. Namun semakan hanya boleh dibuat untuk kad pengenalan anda sahaja, tidak boleh membuat semakan online ini untuk pihak ketiga.
Bayaran saman trafik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti melalui MyBayar, MyEG dan Rilek.com.my.
Ada beberapa cara untuk anda membuat bayaran saman trafik, antaranya:
Ada beberapa tempat pembayaran saman trafik PDRM yang boleh dilakukan, antaranya:
Semak Status Pengambilan Jawatan PDRM
Bagi anda yang telah memohon jawatan di PDRM dan telah melalui proses temuduga dan sebagainya, anda boleh membuat semakan secara online dengan Login ke portal SSO dan membuat semakan dengan menggunakan nombor kad pengenalan.
Sekiranya anda menghadapi masalah dan mempunyai soalan berkenaan dengan pengambilan jawatan PDRM sila hubungi Unit Pengambilan di Bukit Aman Kuala LUmpur melalui nombor telefon 03-22668350/8351.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi Sistem Semakan Online PDRM atau layari laman web ini.
Siapa Ustaz Ebit Lew Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu? Nama Ustaz Ebit Lew mungkin tidak dikenali oleh kebanyakan orang bukan Islam di Malaysia tetapi... Read More
Jenama tudung popular dan paling laris Fesyen sederhana telah menjadi trend baru-baru ini apabila lebih banyak gedung fesyen antarabangsa mula mengeluarkan koleksi pakaian longgar... Read More
Cara Mulakan Bisnes Makan Delivery Dari Rumah – Cara memulakan perniagaan penghantaran makanan dari rumah – Beberapa tahun yang lalu, anda mungkin menikmati penyediaan... Read More
CR-V Pembawa Standard Untuk SUV – Dengan gaya tersendiri dan keselamatan yang lebih maju, Honda CR-V baru menetapkan bar untuk segmen SUV Populariti kenderaan utiliti... Read More
Bagaimana Cara Pengeluaran Wang Dengan KWSP i-Sinar? Berapa banyak yang anda dapat? Secara amnya, anda mempunyai akses kepada 10% daripada jumlah simpanan Akaun 1... Read More
No comment for Semakan Online Saman Trafik PDRM Dan Semakan Perjawatan