HOME
Home » Umum » Seronoknya Bisnes Kasut Bundle!

Seronoknya Bisnes Kasut Bundle!

Posted at | Categorised in Umum

Salam sejahtera, betul ke seronok buat bisnes jual baran bundle? Tepuk dada tanya selera, jika anda sedang tercari-cari nak buat bisnes apa, saya bagi idea, jual je barang bundle!

Ada terlalu banyak barang bundle yang boleh anda jual termasuklah dari topi, kasut, beg, tali pinggang, langsir, cadar, peralatan elektrik, peralatan sukan, peralatan memancing dan macam-macam dan banyak lagi. Yang bestnya anda tak perlu keluarkan modal besar untuk mulakan bisnes bundle ini.

Seronoknya Bisnes Kasut Bundle!

Yang kita nak fokus di sini ialah bisnes kasut bundle, ini bisnes yang palin mudah dan senang nak urus dan agak mudah nak jual berbanding barang bundle yang. Namun ianya tertakluk kepada minat dan kebolehan masing-masing.

Berniaga kasut bundle agak mudah kerana anda boleh buat secara online. Mungkin anda fikir tak logik nak jual kasut bundle secara online, dari rumah pulak tu.

Pernah tak anda anda join live jualan kasut bundle di Tiktok? Ramai yang berniaga kasut bundle di Tiktok hanya dari rumah. Mereka tidak perlu menyewa kedai yang mahal, mereka juga tidak perlu membayar gaji pekerja.

Seronoknya Bisnes Kasut Bundle

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan barang? (klik buku Lubuk Bundle di atas). Sebenarnya terdapat sedikit terlalu banyak pembekal guni bundle sekarang ini. Boleh dikatakan di setiap bandar besar ada pembekal. Cuma anda perlu sedikit rajin terjah mereka dan buat sedikit kajian harga dan kualiti guni bundle yang mereka bekalkan.

Berbalik kepada menjual kasut bundle tadi. Anda hanya perlu menyediakan rak kasut yang simple dan handphone untuk buat LIVE di Tiktok (itu sahaja). Dan sebuah lagi handphone untuk pelanggan menghantar whatapps gambar dan maklumat kasut yang mereka ingin beli.

Selebihnya hanya bermodalkan kepetahan anda bercakap!

Mungkin anda rasa anda tak mampu unyuk bercakap, di sini saya cadangkan anda berlatih setiap hari secara live dan yakinlah Insyaalah pasti akhirnya anda akan dapat mengatasi masalah ini.

Untuk permulaan, mulakan dengan menjual kasut-kasut murah dengan modal yang rendah. Setelah anda mempunyai cukup modal barulah anda mula menjual kasut-kasut yang lebih berkualiti dan dengan modal yang sedikit tinggi.

Ada pembekal kasut bundle yang menjual serendah RM900 seguni kasut (100 pasang) sehingga RM18,000 seguni mengikut kualiti dan jenis kasut.

Kami juga telah mulakan bisnes kasut bundle secara online di Tiktok. Anda boleh ikuti Live kami di Tapa Collection yang dibuat hampir setiap hari.

Seronoknya Bisnes Kasut Bundle

Setiap hari ada saja jualan, tidak seperti bisnes lain yang pernah kami buat. Margin keuntungan anda sendiri yang tentukan. Dalam satu guni pasti anda kasut berkualiti yang anda jual dengan harga mahal.

Cara mulakan bisnes tudung

Tags :

Related Post to Seronoknya Bisnes Kasut Bundle!

Panduan Berniaga Di Shopee Percuma!

Posted at

Panduan berniaga di Shopee ini hanya percuma bagi anda yang masih tercari-cari idea perniagaan kecil dan otak masih beku tak tahu nak bisnes apa.... Read More

101 Idea Perniagaan Kecil Yang Boleh Jadi Perniagaan Besar

Posted at

101 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar. Ikon bisnes Irfan Khairi pernah menulis ebook 101 idea perniagaan yang sangat membantu. Saya tidak... Read More

nak berniaga

Nak Berniaga Kena Keluarkan Tangan Dari Seluar!

Posted at

Nak berniaga? Bangunnnnn…!! Pada yang muda-muda BANGUN! Keluarkan tangan daripada seluar! DO YOU UNDERSTAND? Guys saya ni dah 11 tahu meniaga tau! Tonggang terbalik,... Read More

Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024

Ripple: Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024?

Posted at

Ripple: Bolehkah XRP Mencapai $1 pada 2024? Token XRP Ripple telah menunjukkan tanda-tanda membina momentum selepas lonjakan kadar pendanaan dalam pasaran niaga hadapan menunjukkan... Read More

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar

Posted at

Cara Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate Sebenar – Pemasaran affiliate membantu anda buat duit dalam talian dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain. Ia... Read More